Aplikasi kaedah palinologi dan kepentingan dalam kajian paleolitik di Asia Tenggara
Makalah ini akan membincangkan aplikasi bidang palinologi di tapak arkeologi, khususnya tapak Paleolitik. Sebelum kajian palinologi dijalankan di tapak arkeologi, arkeologis perlu mengetahui secara jelas kegunaan aplikasi ini, sifat dan jenis polen dan spora. Selain itu, perlu diketahui secara lanju...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25994/ http://journalarticle.ukm.my/25994/1/38_1_3.pdf |
| Summary: | Makalah ini akan membincangkan aplikasi bidang palinologi di tapak arkeologi, khususnya tapak Paleolitik. Sebelum kajian palinologi dijalankan di tapak arkeologi, arkeologis perlu mengetahui secara jelas kegunaan aplikasi ini, sifat dan jenis polen dan spora. Selain itu, perlu diketahui secara lanjut tentang kaedah kajian palinologi yang melibatkan persampelan di lapangan dan kajian di makmal. Proses ini akan mempengaruhi berjaya atau tidak kajian palinologi di tapak kajian. Diagram polen juga perlu dibina untuk mendapatkan bukti kelompok dan ekologi tumbuhan lampau. Interpretasi jumpaan polen dan spora adalah bahagian paling penting dalam kajian ini kerana ia akan memberikan gambaran keseluruhan paleopersekitaran berdasarkan kelompok tumbuhan. Bukti palinologi di tapak Paleolitik di Asia Tenggara menunjukkan kepentingan dari segi tafsiran paleosekitaran dan paleoiklim serta diet semasa kebudayaan Paleolitik berlangsung. Oleh itu, seharusnya aplikasi ini digunakan secara meluas di tapak arkeologi kerana penting dalam menyelesaikan isu tentang paleosekitaran, diet, sara hidup dan teknologi prasejarah. |
|---|