Pembangunan model kesedaran bunyi fonem Bahasa Melayu bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid

Kajian ini berkaitan pembangunan Model Kesedaran Fonem Bahasa Melayu dalam mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid. Kajian ini dilakukan bagi memberi jalan penyelesaian kepada (1) masalah membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan murid-murid di sekolah yang mengalami masalah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Rozi Kasim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25970/
http://journalarticle.ukm.my/25970/1/3.pdf
Description
Summary:Kajian ini berkaitan pembangunan Model Kesedaran Fonem Bahasa Melayu dalam mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid. Kajian ini dilakukan bagi memberi jalan penyelesaian kepada (1) masalah membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan murid-murid di sekolah yang mengalami masalah pembelajaran, (2) ketiadaan Model Kesedaran Bunyi Fonem Bahasa Melayu di sekolah yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid sekolah dan akhir sekali (3) kebanyakan guru masih menggunakan kaedah pengajaran kemahiran bacaan yang bersifat tradisional dan (4) tidak bersistematik dalam melaksanakan prosedur bacaan. Objektif kajian ini adalah untuk: (1) menganalisis tahap kemahiran membunyikan fonem-fonem vokal, konsonan dan diftong bahasa Melayu murid-murid di sekolah terpilih dan (2) membangunkan Model Kesedaran Bunyi Fonem Bahasa Melayu berdasarkan kerangka model kesedaran fonologi Gillon (2004, 2007). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah pengaplikasian prosedur pembangunan Model Kesedaran Fonologi yang diperkenalkan oleh Gillon (2004, 2007). Hasil kajian daripada kajian ini memperlihatkan keperluan untuk membina model kesedaran fonologi bunyi fonem bahasa Melayu kerana daripada 24 orang murid yang telah diuji, seramai 21 orang murid di Tabika Kemas, Tanjung Malim masih tidak mahir membunyikan fonem vokal, konsonan dan diftong bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga terhasilnya Model Kesedaran Bunyi Fonem Bahasa Melayu yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah. Pembangunan Model Kesedaran Bunyi Fonem Bahasa Melayu ini diharapkan dapat mengurangkan kadar ketidakbolehbacaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah.