Faktor jantina, umur, dan lokasi sekolah yang mempengaruhi pengetahuan dan pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah TS25
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini diorientasikan ke arah menggunakan alat bantu belajar (ABB) berbentuk teknologi untuk mempercepatkan pencarian maklumat secara meluas. Perubahan ini telah menjadikan kecerdasan buatan (AI) semakin digunakan sebagai alat bantu belajar dalam sistem pendidikan unt...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25968/ http://journalarticle.ukm.my/25968/1/1.pdf |
| Summary: | Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini diorientasikan ke arah menggunakan alat bantu belajar (ABB) berbentuk teknologi untuk mempercepatkan pencarian maklumat secara meluas. Perubahan ini telah menjadikan kecerdasan buatan (AI) semakin digunakan sebagai alat bantu belajar dalam sistem pendidikan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam proses PdP. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor jantina, umur dan lokasi sekolah yang mempengaruhi pengetahuan dan pengaplikasian teknologi AI dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah TS25 di negeri Perak. Reka bentuk kajian kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian telah diberikan kepada 90 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 14 buah sekolah rendah TS25 (Transformasi Sekolah 2025) di negeri Perak yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis secara inferensi menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan secara signifikan antara tahap pengaplikasian teknologi AI dalam PdP oleh guru Bahasa Melayu dengan faktor jantina guru Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat perbezaan bagi umur guru dan juga lokasi sekolah terhadap tahap pengaplikasian teknologi AI dalam PdP oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah TS25 ini. Rumusan kajian ini adalah pengaplikasian teknologi AI sebagai ABB dalam PdP Bahasa Melayu amat penting dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kepelbagaian murid di dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan pemahaman konsep murid terhadap kemahiran bahasa yang disampaikan. |
|---|