Tinjauan literatur bersistematik: pengaplikasian elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membentuk kemenjadian murid Tahap 2 sekolah rendah
:Kajian mengenai elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam konteks pendidikan semakin giat dijalankan dalam kalangan sarjana penyelidik di negara Malaysia. Antara isu yang sering kali dikaitkan dengan elemen KBAT ialah berkenaan tahap pengamalan KBAT guru kepada murid, pemahaman KBAT dalam...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25951/ http://journalarticle.ukm.my/25951/1/5.pdf |
| Summary: | :Kajian mengenai elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam konteks pendidikan semakin giat dijalankan dalam kalangan sarjana penyelidik di negara Malaysia. Antara isu yang sering kali dikaitkan dengan elemen KBAT ialah berkenaan tahap pengamalan KBAT guru kepada murid, pemahaman KBAT dalam kalangan murid dan pengaplikasian KBAT dalam jawapan soalan ujian lebih-lebih lagi bagi subjek Bahasa Melayu. Namun begitu, aspek pengaplikasian KBAT khususnya dalam subjek Bahasa Melayu bagi membentuk kemenjadian murid kurang ditekankan dalam kajian-kajian lepas. Kajian ini akan menumpukan terhadap kajian literatur bersistematik (Systematic Literature Review) berkaitan dengan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu yang dilihat mampu untuk membentuk kemenjadian murid khusus bagi murid Tahap 2 di sekolah rendah. Kajian SLR ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan mengumpulkan analisis dapatan yang telah diperoleh dalam artikel-artikel yang dirujuk. Artikel tersebut dicari menggunakan pangkalan data Google Scholar, MyJurnal dan ERIC. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 15 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pemilihan. Seterusnya, artikel-artikel tersebut akan dianalisis berkaitan dengan aspek permasalahan, reka bentuk, metodologi dan dapatan kajian lepas bagi menjawab tujuan kajian SLR ini dijalankan: iaitu (i)menganalisis pemahaman dan pemilihan strategi KBAT yang diaplikasikan dalam PdP (ii)meneroka cabaran pelaksanaan KBAT yang diaplikasikan dalam PdP dan (iii)meneroka penerimaan dan penguasaan murid terhadap pengaplikasian KBAT dalam PdP. Dapatan yang diperoleh daripada SLR ini mendapati bahawa pemahaman dan pendekatan guru akan membawa kepada pengaplikasian KBAT. Cabaran yang timbul dalam melaksanakan KBAT pula ialah kekangan masa dan inovasi. Penerimaan dan penguasaan murid terhadap KBAT jelas terhasil dalam kemahiran menulis murid apabila KBAT dipupuk dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian berkenaan kemenjadian murid khususnya murid Tahap 2 di sekolah rendah wajar untuk dikaji dan diluaskan pada masa akan datang. |
|---|