Keberkesanan dan impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam pengajaran kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi murid Iban di sekolah rendah luar bandar di daerah Kapit

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan impak teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran kemahiran literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban di sekolah rendah luar bandar. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi guru-g...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Regina Kana, Simon Jiack Aaron, Sandra Juky
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25950/
http://journalarticle.ukm.my/25950/1/4.pdf
Description
Summary:Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan impak teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran kemahiran literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban di sekolah rendah luar bandar. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak akan AI dalam pengajaran kemahiran literasi. Peserta kajian ini terdiri daripada 105 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di Kapit dan Song. Kutipan data bagi kajian ini menerusi borang soal selidik yang diedarkan menggunakan aplikasi Google Form. Proses analisis data menggunakan kaedah analisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 24 (SPSS 24). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan AI terhadap pengajaran kemahiran literasi bahasa Melayu berada pada tahap sederhana secara keseluruhan (min 2.76) dan impak penggunaan AI dalam pengajaran kemahiran literasi bahasa Melayu berada pada tahap sederhana secara keseluruhan (min 2.72). Berdasarkan hasil analisis korelasi yang dilakukan, didapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan min impak (r=0.154, p<0.117). Implikasi kajian ialah penggunaan teknologi AI dalam pengajaran kemahiran literasi dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah di Kapit, Sarawak menunjukkan teknologi AI memiliki impak yang positif. Penggunaan teknologi AI dalam proses PdP terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran literasi dan minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Aplikasi AI dalam proses PdP juga mampu meningkatkan prestasi akademik dan keyakinan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu.