Sikap dan motivasi guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan untuk pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
Penciptaan Kecerdasan Buatan (AI) telah memberikan satu alternatif kepada bidang pendidikan untuk berkembang selari dengan peredaran zaman. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka sikap dan motivasi guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dalam mengaplikasikan AI dalam...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25949/ http://journalarticle.ukm.my/25949/1/3.pdf |
| Summary: | Penciptaan Kecerdasan Buatan (AI) telah memberikan satu alternatif kepada bidang pendidikan untuk berkembang selari dengan peredaran zaman. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka sikap dan motivasi guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dalam mengaplikasikan AI dalam pengajaran bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dengan kaedah temu bual sebagai alat pengumpulan data. Seramai lima orang guru bahasa Melayu di sebuah SMPC dipilih sebagai peserta kajian. Data temu bual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik dengan mengkod dan menentukan tema dan subtema. Hasil kajian mendapati guru bahasa Melayu SMPC menunjukan sikap positif dalam pengampikasian AI dengan mengatakan teknologi AI dapat menggalakan pendekatan pembelajaran yang lebih kreatif, meningkatkan kualiti pengajaran dan memudahkan kerja guru. Guru bahasa Melayu turut berminat dan termotivasi untuk merancang pembelajaran yang lebih kreatif dan interaktif dengan teknologi AI. Guru bahasa Melayu turut termotivasi dalam penggunaan teknologi AI dengan sokongan dan dorongan pihak pentadbir dalam menyediakan kemahiran, insentif dan kemudahan yang disediakan di sekolah. Kajian ini mengesahkan bahawa teknologi AI yang digunakan dalam PdP dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dalam pembelajaran. |
|---|