Faktor masalah bacaan murid disleksia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Seramai lima orang murid disleksia yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun yang terdiri daripada kedua-dua jantina dan pelbagai bangsa telah dipilih sebagai responden. Ke...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25948/ http://journalarticle.ukm.my/25948/1/2.pdf |
| Summary: | Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Seramai lima orang murid disleksia yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun yang terdiri daripada kedua-dua jantina dan pelbagai bangsa telah dipilih sebagai responden. Kelima-lima responden kajian dipilih dari tiga buah sekolah kebangsaan rendah di Perak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data dengan melibatkan instrumen seperti borang maklum balas. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga faktor masalah bacaan murid disleksia yang diketengahkan, iaitu (i) faktor diri sendiri, (ii) faktor ibu bapa/penjaga, dan (iii) faktor persekitaran. Majoriti responden menghadapi masalah bacaan kerana tidak tahu membaca, tidak gemar membaca, merasa bosan ketika membaca dan tidak mengulang kaji di rumah. Hal tersebut membuktikan bahawa murid-murid tersebut tidak mempunyai semangat dan motivasi dalam diri masing-masing. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa/penjaga tidak memantau bacaan anak-anak di rumah dan tidak menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Ibu bapa sewajarnya memantau pelajaran anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Namun demikian, sekiranya ibu bapa tidak mempunyai masa yang panjang kerana tuntutan kerja, ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Selain itu, faktor persekitaran yang mempengaruhi murid disleksia ialah mereka lebih gemar menonton televisyen berbanding membaca bahan-bahan ilmiah. Implikasinya, kajian ini dapat menghuraikan faktor-faktor yang menjadi punca masalah bacaan murid disleksia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. |
|---|