Kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengimplementasikan kecerdasan buatan dalam pengajaran dan pembelajaran
Anjakan trend yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini menuntut penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan guru dilaksanakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran supaya menjadi lebih efektif. Penggunaan AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dapat membuka peluang-peluang...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25947/ http://journalarticle.ukm.my/25947/1/1.pdf |
| Summary: | Anjakan trend yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini menuntut penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan guru dilaksanakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran supaya menjadi lebih efektif. Penggunaan AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dapat membuka peluang-peluang untuk menjadikan pengajaran lebih adaptif dalam memenuhi perkembangan murid-murid. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru bahasa Melayu dalam mengimplementasikan AI dalam PdP. Kajian ini juga turut melihat faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan AI bagi proses PdP. Kajian kuantitatif deskriptif dan inferensi ini melibatkan seramai 107 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Transformasi (TS25) kohort 7 yang terdapat di daerah Gombak, iaitu terdiri daripada 20 buah sekolah kebangsaan. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan dengan lima skala Likert bagi tujuan pengumpulan data. Statistik deskriptif digunakan bagi mengukur nilai min, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi pula digunakan bagi melihat hubungan antara kesediaan dan faktor yang mempengaruhi guru bahasa Melayu dalam mengimplementasikan AI. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru bahasa Melayu dalam mengimplementasikan AI bagi pelaksanaan PdP berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan min 4.47. Hasil dapatan kajian juga mendapati antara faktor yang memperoleh nilai min tertinggi (min 4.68) dalam mempengaruhi tahap kesediaan guru bahasa Melayu bagi melaksanakan AI dalam PdP ialah faktor pengetahuan dan kemahiran. Walaupun secara keseluruhan faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan mendapat nilai min yang tinggi (min 4.53), guru bahasa Melayu dilihat amat bersedia untuk meningkatkan penggunaan AI dalam PdP secara menyeluruh. |
|---|