Persepsi murid Tahap 2 terhadap pembelajaran karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau persepsi murid-murid Tahap 2 terhadap pembelajaran karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kajian tinjauan telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang melibatkan borang soal selidik seba...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25942/ http://journalarticle.ukm.my/25942/1/8.pdf |
| Summary: | Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau persepsi murid-murid Tahap 2 terhadap pembelajaran karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kajian tinjauan telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang melibatkan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi sebanyak 10 item soalan yang meninjau persepsi murid terhadap pembelajaran karangan. Seramai 200 orang murid di tiga buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak telah dipilih sebagai responden. Para responden ini telah dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu terdiri dalam kalangan murid Tahap 2 yang mempunyai pengalaman mempelajari penulisan karangan. Hasil soal selidik menunjukkan murid kurang berminat dengan penulisan karangan. Hal ini disebabkan oleh stigma dalam kalangan murid bahawa penulisan karangan merupakan antara aspek yang sukar dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kurangnya minat dalam kalangan murid terhadap penulisan karangan juga disumbangkan oleh faktor kesukaran yang dihadapi oleh murid untuk mengenal pasti dan mengolah isi karangan dengan baik. Oleh yang demikian, murid mengalami kesulitan untuk menghasilkan karangan yang bermutu, seterusnya menjejaskan markah mereka semasa ujian atau peperiksaan. Walau bagaimanapun, melalui maklum balas positif murid dalam beberapa item soal selidik, didapati bahawa kaedah pembelajaran berpusatkan murid merupakan kaedah yang paling sesuai diterapkan dalam penulisan karangan. Hal ini kerana murid menyatakan bahawa mereka melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan mengakui pencapaian mereka dalam penulisan karangan akan meningkat sekiranya guru menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan murid seperti teknik inovasi karangan. |
|---|