Pengajaran karangan daripada perpektif harapan murid sekolah menengah

Murid menaruh harapan terhadap guru dalam proses pembelajaran. Makalah ini meneroka aspek harapan murid terhadap pengajaran karangan yang dilihat daripada perspektif tiga orang murid sekolah menengah. Kajian ini berbentuk kajian kes pelbagai kes-pelbagai tempat. Tiga orang murid tingkatan lima terli...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rozita Mohamed Yuneh, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25941/
http://journalarticle.ukm.my/25941/1/7.pdf
Description
Summary:Murid menaruh harapan terhadap guru dalam proses pembelajaran. Makalah ini meneroka aspek harapan murid terhadap pengajaran karangan yang dilihat daripada perspektif tiga orang murid sekolah menengah. Kajian ini berbentuk kajian kes pelbagai kes-pelbagai tempat. Tiga orang murid tingkatan lima terlibat sebagai peserta kajian yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah protokol temu bual tidak berstruktur. Data yang diperoleh melalui protokol temu bual tidak berstruktur ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik bagi pembinaan tema untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan aspek harapan murid terhadap pengajaran karangan. Hasil kajian memperlihatkan lima aspek harapan murid terhadap pengajaran karangan, iaitu pengajaran karangan yang berkualiti, pengajaran karangan yang bertahap-tahap, pengajaran karangan dengan pelbagai kaedah, maklum balas penulisan dan intervensi penulisan. Secara keseluruhan, harapan murid merupakan keperluan murid yang perlu ditumpukan oleh guru bagi memastikan keberkesanan pengajaran karangan.