Pengaruh dialek Kelantan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti kosa kata dialek Kelantan yang dituturkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan perubahan fonologi dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai lapan orang murid Tingka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Eliana Muhamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25940/
http://journalarticle.ukm.my/25940/1/6.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti kosa kata dialek Kelantan yang dituturkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan perubahan fonologi dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai lapan orang murid Tingkatan 3 di SMK Sultan Ibrahim Dua (2) telah dipilih sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data dengan melibatkan instrumen seperti alat perakam dan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh perubahan fonologi yang berlaku terhadap kosa kata dialek Kelantan yang dituturkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu melibatkan perubahan vokal /a/ kepada [ɔ] di akhir kata, perubahan vokal /a/ kepada vokal [ε] di akhir kata, pengguguran konsonan /r/, pengguguran nasal di akhir kata, perubahan konsonan /s/ kepada konsonan [h] di akhir kata, perubahan konsonan /p, t, k/ kepada [ʔ] di akhir kata dan perubahan kata. Hasil kajian juga menunjukkan faktor keselesaan berkomunikasi, faktor keyakinan dan masalah penguasaan bahasa Melayu Standard mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam kalangan murid di sekolah menengah. Implikasinya, kajian ini dapat mengetengahkan kepentingan penggunaan bahasa Melayu Standard dan penggunaan dialek mengikut konteks dan situasi yang bersesuaian dalam komunikasi lisan.