Pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru Bahasa Melayu bukan opsyen di sekolah kebangsaan daerah Tatau dan Sebauh

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa Melayu dari segi aspek pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru. Seramai 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang melibatkan guru Bahasa Melayu bukan opsyen yang mengajar di 26 sekola...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Angelina Derong, Emillen Seliman, Fatn Nadia Ahmad Kamil, Lydia Abdul Talib
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25938/
http://journalarticle.ukm.my/25938/1/5.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa Melayu dari segi aspek pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru. Seramai 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini yang melibatkan guru Bahasa Melayu bukan opsyen yang mengajar di 26 sekolah rendah di sekitar daerah Tatau dan Sebauh, Sarawak. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package For Sosial Science (SPSS) Versi 26.0. Analisis deskriptif dan inferensi yang menerangkan data demografi dan pemboleh ubah pemahaman, motivasi dan sikap berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan hipotesis kajian digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru yang diukur melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan motivasi berada pada tahap yang tinggi. Analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap motivasi berdasarkan jantina. Walaupun purata min berada pada tahap yang tinggi, namun terdapat juga segelintir guru bukan opsyen ini masih mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan motivasi yang masih rendah. Hal ini sudah pasti mampu menjejaskan prestasi murid di sekolah. Oleh itu, pihakKPM JPN dan PPD hendaklah memandang serius isu ini dengan menempatkan guru mengikut keperluan opsyen di sesebuah sekolah.