Perbezaan dan hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam menerapkan pembelajaran digital berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar
Pembelajaran digital merupakan sebarang jenis pembelajaran yang disertakan dengan teknologi atau amalan pengajaran yang menggunakan teknologi secara berkesan. Pembelajaran dan pendidikan masa kini telah dipengaruhi oleh pembelajaran digital yang berteraskan kepada transformasi pendidikan dalam meng...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25936/ http://journalarticle.ukm.my/25936/1/3.pdf |
| Summary: | Pembelajaran digital merupakan sebarang jenis pembelajaran yang disertakan dengan teknologi atau amalan pengajaran yang menggunakan teknologi secara berkesan. Pembelajaran dan
pendidikan masa kini telah dipengaruhi oleh pembelajaran digital yang berteraskan kepada transformasi pendidikan dalam mengejar arus pendidikan yang semakin berkembang pesat. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti melihat perbezaan dan hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu menerapkan pembelajaran digital dalam PdP berdasarkan
faktor jantina dan pengalaman mengajar. Kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 112 guru Bahasa Melayu Zon Semenyih, Hulu Langat yang dipilih secara rawak bertujuan dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara analisis inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru lelaki dengan guru perempuan Bahasa Melayu dalam menerapkan pembelajaran digital ketika PdP di bilik darjah. Ujian kolerasi Pearson juga mendapati bahawa tidak ada hubungan signifikan terhadap tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah menjalankan pembelajaran digital berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor jantina dan
pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu tidak dipengaruhi oleh faktor pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam menerapkan pembelajaran digital ketika mengajar. |
|---|