Mediator bahasa slanga dalam kalangan murid di media sosial berdasarkan teori sosiokognitif

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat mediator bahasa slanga dalam komunikasi disebabkan oleh peniruan daripada media sosial berdasarkan Teori Sosiokognitif. Kajian ini melibatkan 35 orang murid sekolah menengah sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan disebabkan oleh terdapatnya permasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Faizza Narawi, Anida Sarudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25933/
http://journalarticle.ukm.my/25933/1/1.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat mediator bahasa slanga dalam komunikasi disebabkan oleh peniruan daripada media sosial berdasarkan Teori Sosiokognitif. Kajian ini melibatkan 35 orang murid sekolah menengah sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan disebabkan oleh terdapatnya permasalahan yang berlaku melibatkan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid di sekolah menengah. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid di sekolah menengah berpandukan Teori Sosiokognitif oleh Bandura (1989). Reka bentuk kajian kualititif digunakan di mana data diperoleh melalui pemerhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta borang senarai semak. Senarai semak tersebut terdiri daripada dua bahagian, iaitu (i) jenis dan domain makna slanga dan (ii) bentuk-bentuk bahasa slanga murid. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat jenis bahasa slanga murid yang digunakan dalam komunikasi murid-murid di sekolah, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tanya. Kajian ini juga mendapati wujud proses-proses peniruan dalam tiga bentuk bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan murid berdasarkan Teori Sosiokognitif seperti bentuk tunggal, akronim dan budaya. Kajian ini dapat menghuraikan bentuk peniruan bahasa slanga murid yang memberikan kesan kepada murid mengikut Teori Sosiokognitif seperti peniruan secara langsung, peniruan sekat lakuan, peniruan tak sekat lakuan, dan peniruan elisitasi. Implikasi kajian ini adalah penting bagi memahami impak penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid sekolah menengah dan bagaimana media sosial mempengaruhi tingkah laku linguistik mereka. Penemuan kajian ini dapat memberikan panduan kepada pendidik dan pembuat dasar pendidikan dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan penggunaan bahasa baku dalam kalangan murid. Melalui pemahaman yang mendalam tentang mekanisme peniruan bahasa slanga berdasarkan Teori Sosiokognitif, guru-guru dapat merancang aktiviti pengajaran yang dapat mengurangkan penggunaan bahasa slanga yang berlebihan dan menggalakkan penggunaan bahasa baku yang betul. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk penyelidikan lanjut dalam bidang sosiolinguistik dan pendidikan, terutamanya dalam konteks penggunaan media sosial dan pengaruhnya terhadap bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid sekolah.