Kriteria penerapan elemen identiti kebangsaan pada bangunan pencakar langit berdasarkan kajian kes Menara Berkembar PETRONAS (KLCC)

Jawapan terhadap persoalan identiti seni bina kebangsaan memerlukan strategi dan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak merangkumi pelbagai tipologi seni bina. Kajian ini memberi fokus kepada pembinaan sebuah kriteria penerapan rekabentuk elemen seni bina dengan karektor identiti kebangsaan terha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarul Afizi Kosman, Ling, Leslie Fang Yi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25930/
http://journalarticle.ukm.my/25930/2/22.pdf
Description
Summary:Jawapan terhadap persoalan identiti seni bina kebangsaan memerlukan strategi dan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak merangkumi pelbagai tipologi seni bina. Kajian ini memberi fokus kepada pembinaan sebuah kriteria penerapan rekabentuk elemen seni bina dengan karektor identiti kebangsaan terhadap bangunan pencakar langit yang diklasifikasikan sebagai bangunan tinggi melebihi 150 meter. Bangunan Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur dipilih sebagai sampel kajian dalam pembinaan kriteria penerapan elemen identiti seni bina kebangsaan ini dengan menggunakan kaedah kajian kes. Terdapat dua objektif penyelidikan yang ingin dicapai melalui kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti nilai sejagat dalam pembentukan identiti seni bina kebangsaan dan mencadangkan nilai identiti berkenaan sebagai salah satu kriteria dalam gerak kerja penerapan elemen beridentiti kebangsaan pada rekabentuk pencakar langit di Malaysia. Perbahasan kajian ini dilaksana berdasarkan sembilan prinsip asas pembentukan identiti seni bina vernakular. Prinsip tersebut merupakan kriteria asas dalam pembentukan identiti tamadun awal di peringkat global yang mencerminkan konsep negara bangsa. Sembilan prinsip yang dimaksudkan adalah agama, bahasa seni bina, budaya, ekonomi, evolusi seni bina, geografi, politik, seni dan teknologi. Penemuan kajian ini berbentuk sebuah jadual kriteria penerapan elemen identiti seni bina kebangsaan berteraskan lima faktor pembangunan rekabentuk yang diperoleh dari bangunan kajian. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah tapak dan rekabentuk, kaedah pembinaan, simbol, permukaan bahan dan alam awam.