Peningkatan prestasi fotomangkin dalam degradasi aseton menggunakan filem nipis nanorod x-TiNb
Penyelidikan terhadap degradasi aseton menggunakan fotomangkin TiO2 nanorod (TiO2NR) terdop Nb telah dijalankan dalam kajian ini. Filem nipis TiO2NR terdop Nb (x-TiNb) dengan kepekatan berbeza; 0.2 v/v%, 0.5 v/v%, 0.7 v/v% dan 1.0 v/v% dihasilkan menggunakan kaedah hidroterma pada suhu 170 °C selama...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25911/ http://journalarticle.ukm.my/25911/1/SMT%2015.pdf |
| Summary: | Penyelidikan terhadap degradasi aseton menggunakan fotomangkin TiO2 nanorod (TiO2NR) terdop Nb telah dijalankan dalam kajian ini. Filem nipis TiO2NR terdop Nb (x-TiNb) dengan kepekatan berbeza; 0.2 v/v%, 0.5 v/v%, 0.7 v/v% dan 1.0 v/v% dihasilkan menggunakan kaedah hidroterma pada suhu 170 °C selama 30 min. Analisisi FESEM menunjukkan peningkatan kepekatan Nb membawa kepada pembesaran diameter nanorod. Ini akhirnya mengakibatkan kemusnahan struktur nanorod bagi sampel pada kepekatan 1.0 v/v%. Analisis PL menunjukkan bahawa sampel x-TiNb menunjukkan keamatan puncak yang lebih rendah berbanding dengan TiO2NR, kecuali pada kepekatan 1.0 v/v%. Dapat dilihat peratus degradasi optimum bagi larutan aseton sebanyak 60% berlaku bagi sampel pada kepekatan 0.5 v/v% dalam tempoh masa 240 min. Analisis XPS menunjukkan kehadiran dua puncak utama Nb 3d5/2 dan Nb 3d3/2 masing-masing pada sekitar 207 eV dan 209.5 eV, yang mengesahkan kewujudan Nb⁵⁺ dalam struktur TiO₂. Justeru, dapat dinyatakan bahawa pendopan Nb telah membantu meningkatkan prestasi TiO2-NR sebagai fotomangkin dalam proses degradasi aseton. |
|---|