Kesan pendopan Zr ke atas morfologi, struktur dan sifat optik filem nipis nanorods TiO₂

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji kesan pendopan unsur Zr terhadap morfologi, struktur dan sifat optik filem nipis nanorod TiO2 (TiO2-NR). Filem nipis TiO2-NR terdop Zr dengan kepekatan, 0.0 v/v % < x < 1.0 v/v % disediakan menggunakan kaedah hidroterma singkat pada suhu 170 °C selama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Masliana Muslimin, Mohammad Hafizuddin Hj Jumali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25907/
http://journalarticle.ukm.my/25907/1/SMT%2011.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji kesan pendopan unsur Zr terhadap morfologi, struktur dan sifat optik filem nipis nanorod TiO2 (TiO2-NR). Filem nipis TiO2-NR terdop Zr dengan kepekatan, 0.0 v/v % < x < 1.0 v/v % disediakan menggunakan kaedah hidroterma singkat pada suhu 170 °C selama 30 min. Analisis XRD menunjukkan pendopan Zr terhadap TiO2-NR telah menghasilkan tiga satah utama iaitu (101), (111) dan (211). Namun, satah (111) lenyap pada kepekatan 0.5 v/v % dan 0.7 v/v %. Kecuali Zr > 0.7 v/v %, peningkatan kepekatan pendopan Zr dilihat telah menyebabkan pengecilan saiz nanorod melalui imej FESEM. Analisis PL bagi pendopan unsur Zr menunjukkan semua sampel mempunyai nilai keamatan puncak pancaran aras dalaman lebih tinggi berbanding TiO2-NR. Keputusan ini menunjukkan pendopan Zr memainkan peranan penting dalam mengurangkan kecacatan hablur TiO2NR dan meningkatkan pancaran foton bagi aplikasi optoelektronik seperti LED.