Kajian reka bentuk dan fabrikasi alat rehabilitasi kaki ergonomik bagi penderita bunion menggunakan teknologi pembuatan aditif

Bunion atau Hallux Valgus adalah benjolan bertulang pada sendi yang menyambungkan kaki dengan ibu jari kaki. Bunion menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa terutama apabila memakai kasut. Pilihan kasut yang bersesuaian bukanlah penyelesaian sebenar kerana terhad memilih kasut jenis terbuka diha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaliha Wahid, Abdul Hakim Abdul Halim, Nor Kamaliana Khamis, Wan Aizon W Ghopa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25874/
http://journalarticle.ukm.my/25874/1/30.pdf
Description
Summary:Bunion atau Hallux Valgus adalah benjolan bertulang pada sendi yang menyambungkan kaki dengan ibu jari kaki. Bunion menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa terutama apabila memakai kasut. Pilihan kasut yang bersesuaian bukanlah penyelesaian sebenar kerana terhad memilih kasut jenis terbuka dihadapan agar bahagian ini tidak tertekan. Manakala lapik komersil pula bersifat umum dari segi saiz sedangkan fenomena ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan reka bentuk pelapik bunion dengan rekaan khas mengikut keperluan individu dan kemudiannya membuat fabrikasi menggunakan kaedah ekonomik bagi pengeluaran bersaiz kecil iaitu pembuatan aditif. Seorang subjek yang dipilih dalam kajian ini mengalami masalah bunion pada tahap pembentukan bunion yang pertama. Kaedah temu bual dan pengumpulan data antropometrik pada kaki subjek menggunakan angkup vernier dan antropometer telah dijalankan sebelum reka bentuk pelapik bunion dihasilkan mengikut saiz dan bentuk kaki subjek. Fabrikasi dijalankan menggunakan kaedah percetakan 3D jenis Pemodelan Pemendapan Bercantum (FDM) dan bahan yang digunakan adalah Poliuretana Termoplastik (TPU). Taburan tekanan pada kaki subjek diambil tanpa memakai pad bunion dengan menggunakan peta Tactilus untuk membandingkan bahagian dengan tekanan tinggi dan memastikan reka bentuk dapat memberikan keselesaan kepada subjek. Reka bentuk pad bunion ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pelapik ibu jari dan pelapik pada bahagian metatarsal (MTP). Melalui temubual selepas pemakaian, pelapik bunion dengan ketumpatan pengisian 60% yang direka khas mampu menyokong tekanan pada bunion subjek dan memberi keselesaan kepada pemakai.