Strategi reka bentuk pasif bagi keselesaan dalaman masjid: kajian kes Masjid UKM

Adalah penting bagi menjaga keselesaan dalaman masjid agar pengunjung selesa untuk beribadat. Masjid warisan menggunakan strategi reka bentuk pasif bagi tujuan ini. Namun banyak masjid-masjid moden bergantung kepada pendingin hawa. Ini menyebabkan isu berkaitan penggunaan tenaga yang tinggi dan tida...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asyraf Darwisy Zakaria, Mohd Farid Mohamed, Wardah Fatimah Mohammad Yusoff, Nur Amirah Abd. Samad, Muhammad Zaki Abd Manaf, Ammar Amjed Maghrabi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25868/
http://journalarticle.ukm.my/25868/1/24.pdf
Description
Summary:Adalah penting bagi menjaga keselesaan dalaman masjid agar pengunjung selesa untuk beribadat. Masjid warisan menggunakan strategi reka bentuk pasif bagi tujuan ini. Namun banyak masjid-masjid moden bergantung kepada pendingin hawa. Ini menyebabkan isu berkaitan penggunaan tenaga yang tinggi dan tidak lestari. Oleh itu, kefahaman keatas reka bentuk pasif adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada pendingin hawa yang memerlukan tenaga yang tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji suhu dalaman masjid terpilih yang menggunakan pengudaraan semula jadi sebagai strategi mengekalkan keselesaan dalaman masjid. Kaedah kajian utama adalah melakukan pengukuran suhu dan juga kelembapan pada ruang dalam masjid yang dipilih. Kaedah utama ini disokong dengan kajian literatur dan pemerhatian di tapak beberapa masjid kajian. Masjid yang dipilih untuk diukur adalah Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Proses kalibrasi peralatan dilakukan sebelum proses pengukuran bagi memastikan ianya tepat. Pemerhatian tapak mendapati bahawa Masjid UKM menggunakan pelbagai strategi reka bentuk bagi mencapai keselesaan termal dalaman seperti mempunyai ruang limpah yang besar dan ruang siling yang tinggi dan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa suhu di dalam masjid adalah diantara 28.9℃ sehingga 31.7℃. Dapatan juga menunjukkan dewan solat tingkat bawah masjid lebih sejuk berbanding dewan solat aras satu. Rekod suhu menunjukkan keselesaan termal dalaman masjid boleh dicapai dengan menyediakan kipas siling dengan kelajuan angin yang bersesuaian. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pendekatan reka bentuk pasif masjid berjaya mengekalkan keselesaan dalaman masjid tanpa pendingin hawa. Diharapkan kajian keatas Masjid UKM boleh dijadikan rujukan umum dalam mereka bentuk masjid-masjid moden yang lestari.