Keperluan tipologi perumahan transit untuk golongan muda di bandar kajian kes: Perumahan Bandar Mikro DBKL

Perumahan transit untuk golongan muda yang baharu mula bekerja ialah konsep perumahan yang menyediakan penginapan sementara dan perkhidmatan sokongan kepada individu pada peringkat awal kerjaya mereka. Di Malaysia, keutamaan perumahan untuk golongan golongan muda adalah isu yang penting kerana harga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Iskandar Abd Malek, Nur Ainna Mohamad Sabri, Nor Haslina Jaa’far, Noorsaidi Mahat, I Nyoman Gede Maha Putra
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25865/
http://journalarticle.ukm.my/25865/1/21.pdf
Description
Summary:Perumahan transit untuk golongan muda yang baharu mula bekerja ialah konsep perumahan yang menyediakan penginapan sementara dan perkhidmatan sokongan kepada individu pada peringkat awal kerjaya mereka. Di Malaysia, keutamaan perumahan untuk golongan golongan muda adalah isu yang penting kerana harga unit rumah pada masa kini membebankan golongan muda yang baru mula bekerja untuk mendapatkan rumah atau bilik yang mampu milik sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka berhadapan cabaran masa kini termasuk berpindah jauh dari penempatan asal untuk mendapatkan kerja dan mencari peluang kerja baru di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Golongan-golongan muda merupakan aset yang beharga kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, amatlah penting jika rumah transit dapat dibangunkan sebelum mereka dapat membeli rumah yang baru. Data dikumpul daripada tinjauan soal selidik yang dijawab oleh 100 golongan graduan Universiti Tempatan dan golongan golongan muda yang baru mula bekerja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Hasil kajian terhadap keperluan dan kehendak ruang perumahan transit dapat memberikan sumbangan yang penting dalam pembangunan perumahan transit di Malaysia. Justeru, penyelidikan ini dapat mengenalpasti kehendak dan keperluan rumah transit yang dipilih oleh golongan muda yang melibatkan ruang-ruang yang diperlukan, jenis bilik, dan jenis program di perumahan transit di Malaysia.