Kajian terhadap reka bentuk seni bina rumah Melayu tradisional dalam konteks keselesaan, privasi, dan kelestarian menurut ajaran Islam
Reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam dalam aspek privasi, keselesaan pengguna, dan kelestarian alam. Masalah dalam konteks aturan ruang kediaman hari ini tidak selaras dengan penyesuaian kepada iklim setempat dan budaya hidup berkeluarga serta bermasyarak...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25863/ http://journalarticle.ukm.my/25863/1/20.pdf |
| Summary: | Reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam dalam aspek privasi, keselesaan pengguna, dan kelestarian alam. Masalah dalam konteks aturan ruang kediaman hari ini tidak selaras dengan penyesuaian kepada iklim setempat dan budaya hidup berkeluarga serta bermasyarakat yang ditekankan dalam Islam. Objektif kajian adalah untuk memahami bagaimana prinsip-prinsip Islam iaitu keselesaan, privasi dan kelestarian diterapkan dalam reka bentuk rumah tradisional Melayu dan menilai keberkesanannya. Kajian ini dijalankan di beberapa rumah tradisional di Universiti Putra Malaysia - Rumah Penghulu Ismail bin Khatib Bakar, Rumah Haji Wan Muda Haji Wan Hassan, Rumah Perak Uda Noh B. Kandar Jaafar, dan Rumah Datuk Raja Diwangsa Muhammad Yunus bin Jabar, serta beberapa rumah tradisional yang lain. Rumah-rumah tersebut dipilih mewakili setiap negeri berbeza kerana mempunyai nilai budaya kenegerian serta iklim mikro berbeza yang membuatkan reka bentuk seni bina kediaman berbeza antara satu sama lain. Melalui analisis data yang diperoleh daripada pemerhatian lapangan, soal selidik, kajian literatur, dan temubual dengan pakar-pakar, dapatan kajian menunjukkan bahawa rumah-rumah tradisional Melayu direka untuk menjaga privasi melalui pintu masuk terpisah untuk lelaki dan wanita serta susunan ruang tidur. Keselesaan pengguna dijamin dengan aliran udara semulajadi dan penggunaan bahan berkualiti tinggi yang sesuai dengan iklim tempatan. Selain itu, pendekatan terhadap kelestarian alam dalam reka bentuk rumah tradisional Melayu mencerminkan kepatuhan kepada ajaran Islam. Kesimpulannya, prinsip kesederhanaan, privasi, dan kelestarian alam bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan penghuni tetapi juga memberi manfaat kepada persekitaran. Kajian ini menekankan pentingnya mengekalkan nilai-nilai tradisional seni bina rumah Melayu untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam. |
|---|