Tinjauan hakisan pantai terhadap nilai pasaran harta tanah pesisir pantai: kajian awalan

Hakisan pantai merupakan masalah global menjejaskan hampir setiap negara disebabkan oleh faktor semulajadi dan manusia. Malaysia mempunyai zon pantai 4,809 kilometer dan dianggarkan kadar hakisan pantai telah melebihi 30% daripada panjang pantai. Masalah hakisan pantai semakin kritikal memandangkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Masfaliza Mohsen, Norngainy Mohd Tawil, Khairul Nizam Abdul Maulud, Siti Rosemawar Mohd Sahi, Zulkhairy Affandy Mohd Zaki
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25862/
http://journalarticle.ukm.my/25862/1/19.pdf
Description
Summary:Hakisan pantai merupakan masalah global menjejaskan hampir setiap negara disebabkan oleh faktor semulajadi dan manusia. Malaysia mempunyai zon pantai 4,809 kilometer dan dianggarkan kadar hakisan pantai telah melebihi 30% daripada panjang pantai. Masalah hakisan pantai semakin kritikal memandangkan garis pantai merupakan kawasan tumpuan manusia menjalankan pelbagai aktiviti dan aktiviti pembangunan tidak produktif. Penempatan penduduk juga musnah sepenuhnya ditelan laut dan terpaksa berpindah ekoran hakisan teruk di pelbagai negara. Dapatan kajian pelbagai negara mendapati kesan hakisan pantai paling kritikal adalah ke atas harta tanah. Oleh itu, objektif penyelidikan bertujuan mengenalpasti kesan hakisan pantai dan seterusnya mengkhususkan kesan hakisan pantai kepada nilai pasaran harta tanah. Pelbagai penemuan kajian terdahulu menunjukkan kesan negatif hakisan pantai melibatkan harta tanah kediaman dengan peratus penurunan nilai pasaran harta tanah pada kadar paling minimum 1% hingga paling maksimum 52%. Penyelidikan menggunakan Kaedah kualitatif sebagai kaedah penyelidikan bagi pengumpulan data. Data kualititatif yang digunakan adalah data sekunder dalam bentuk analisis dokumen. Penyelidikan bermula dengan menerangkan isu dan senario hakisan pantai, kemudian kajian literatur dibincangkan terdiri daripada maklumat hakisan pantai, kesan hakisan pantai, dan kesan hakisan pantai kepada nilai pasaran harta tanah. Penyelidikan ini penting untuk manfaat, kefahaman dan pengetahuan teknikal tentang kesan hakisan pantai terhadap nilai harta tanah kepada pemilik harta tanah, pihak profesional industri harta tanah dan pihak berkepentingan lain. Disyorkan penyelidikan selanjutnya untuk mengkaji faktor-faktor mempengaruhi nilai pasaran harta tanah hakisan pantai dan mengenalpasti sejauhmana volatiliti nilai pasaran harta tanah hakisan dan tanpa hakisan pantai.