Kajian literatur bagi karakter fizikal Bandar Warisan dari perspektif reka bentuk seni jalanan
Seni jalanan, yang asalnya berakar dari grafiti, telah berkembang menjadi medium yang kuat yang memberi impak besar kepada lanskap budaya dan fizikal bandar warisan. “Kajian Literatur bagi Karakter Fizikal Bandar Warisan dari Perspektif Reka Bentuk Seni Jalanan,” ini akan meneroka pelbagai peranan y...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25860/ http://journalarticle.ukm.my/25860/1/17.pdf |
| Summary: | Seni jalanan, yang asalnya berakar dari grafiti, telah berkembang menjadi medium yang kuat yang memberi impak besar kepada lanskap budaya dan fizikal bandar warisan. “Kajian Literatur bagi Karakter Fizikal Bandar Warisan dari Perspektif Reka Bentuk Seni Jalanan,” ini akan meneroka pelbagai peranan yang dimainkan oleh seni jalanan dalam persekitaran bandar. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pengaruh seni jalanan terhadap karakter fizikal dan budaya bandar warisan. Melalui sorotan literatur yang komprehensif dan analisis kajian kes, penyelidikan ini menekankan bagaimana seni jalanan menyumbang kepada transformasi estetik ruang bandar, pemeliharaan warisan budaya dan pembangunan sosio-ekonomi. Kajian ini turut menerokai evolusi seni jalanan dari tindakan pemberontakan kepada bentuk seni awam yang diiktiraf yang berinteraksi dengan persekitarannya dan berhubung dengan komuniti setempat. Ia menekankan potensi seni jalanan dalam memperindah bandar, ungkapan budaya, dan pembinaan komuniti. Dengan menekankan kepentingan seni jalanan di bandar warisan, penyelidikan ini mengkaji bagaimana pelbagai bentuk grafiti, mural, stensil, poster, dan instalasi 3D berinteraksi dengan ruang awam dan memberi impak kepada karakter fizikal bandar warisan. Penemuan kajian literatur menunjukkan terdapatnya potensi transformasi oleh seni jalanan di bandar warisan. Ia memainkan peranan penting dalam transformasi estetik bandar, pemeliharaan budaya, menghidupkan semula bandar, kesedaran sosial dan alam sekitar, serta pembangunan ekonomi seperti menarik pelancong. Selain itu, ia menawarkan cadangan untuk amalan lestari dan penglibatan komuniti bagi memastikan kelangsungan dan relevansi projek seni jalanan. K |
|---|