Kesan sisa enapcemar naftalena terhadap kebolehkerjaan dan kekuatan mortar dan konkrit

Peningkatan populasi dan permintaan gaya hidup moden telah menyebabkan peningkatan pengeluaran sisa dalam jumlah yang banyak sekaligus menyebabkan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, idea untuk menggunakan semua sisa buangan muncul sebagai cara alternatif untuk menggunakannya semula membuat produk da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syarman Khan Syed Mohamed, Lim, Jacob Lok Guan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25851/
http://journalarticle.ukm.my/25851/1/09.pdf
Description
Summary:Peningkatan populasi dan permintaan gaya hidup moden telah menyebabkan peningkatan pengeluaran sisa dalam jumlah yang banyak sekaligus menyebabkan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, idea untuk menggunakan semua sisa buangan muncul sebagai cara alternatif untuk menggunakannya semula membuat produk daripada membuangnya. Sisa enapcemar Naftalena yang terhasil dari pengeluaran bahan tambahan dalam konkrit atau lebih dikenali sebagai superplasticizer, digunakan dalam kajian ini sebagai bahan tambahan dalam konkrit. Konkrit dihasilkan dengan 0%, 1%, 2% dan 3% tambahan sisa enapcemar Naftalena dan kebolehkerjaan serta kekuatan mortar dan konkrit dikaji untuk menyiasat kesan sisa enapcemar ini terhadap konkrit. Sampel untuk ujian kekuatan mampatan disediakan dengan nisbah air-simen (W/C) tetap iaitu 0.5 dan dirawat selama 7 dan 28 hari. Hasil kajian menunjukkan peningkatan kekuatan konkrit dan mortar apabila penambahan sisa enapcemar Naftalena ditingkatkan. 3% tambahan sisa ini menunjukkan kekuatan konkrit tertinggi berdasarkan kekuatan selama 28 hari dan memperoleh kebolehkerjaan terbaik diantara sampel kawalan dan sampel lain iaitu set 1% dan 2%. Set konkrit dengan tambahan sisa enapcemar Naftalena sebanyak 3% mencapai nilai kekuatan mampatan 10% lebih tinggi berbanding set kawalan. Dengan mengamalkan amalan mampan dalam pengurusan sisa dan inovasi, kesan buruk dapat dikurangkan pada masa yang sama menyokong matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG) 2030 di Malaysia dan peringkat global.