Penilaian jejak air dalam penanaman padi di kawasan Muda Malaysia
Jejak air (WF) boleh digunakan sebagai penunjuk menyeluruh penggunaan sumber air tawar dan sebagai metrik yang boleh diukur untuk menentukan jumlah penggunaan air seunit tanaman. Penanaman padi menggunakan sejumlah besar air untuk meningkatkan hasil tanaman. Memandangkan air merupakan komponen terpe...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25850/ http://journalarticle.ukm.my/25850/1/08.pdf |
| Summary: | Jejak air (WF) boleh digunakan sebagai penunjuk menyeluruh penggunaan sumber air tawar dan sebagai metrik yang boleh diukur untuk menentukan jumlah penggunaan air seunit tanaman. Penanaman padi menggunakan sejumlah besar air untuk meningkatkan hasil tanaman. Memandangkan air merupakan komponen terpenting untuk penanaman padi, adalah penting untuk memahami berapa banyak air digunakan semasa pertanian dan kuantiti air dalam tanaman padi per tan produk. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai jejak air tanaman padi di kawasan Muda yang dikawal selia oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, selama lima tahun berturut-turut iaitu 2018 hingga 2022. Pengaturcaraan komputer CROPWAT 8.0, data meteorologi seperti (hujan, suhu, kelajuan angin, kelembapan
relatif, dan sinaran matahari) dan data hasil tanaman padi digunakan untuk perkiraan evapotranspirasi air (ET)
bagi komponen air biru dan hijau, dan meneruskan pengiraan jejak air. Rangka kerja metodologi mengikut pilihan keperluan air tanaman berdasarkan manual penilaian jejak air. Pengiraan jejak air memfokuskan pada komponen jejak air biru, hijau, dan kelabu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga komponen jejak air berbeza dengan ketara antara satu sama lain. Di kawasan Muda, purata nilai jejak air hijau (WFhijau) adalah 1102.3 m3/tan (56.6 %) lebih tinggi daripada jejak air biru (WFbiru) iaitu 506.4 m3/tan (26 %), dan nilai jejak air kelabu (WFkelabu) adalah 337.4 m3/tan (17.3 %). 57 % jejak air hijau menunjukkan bahawa terdapat hujan yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan padi. Penilaian jejak air memberikan pemahaman lebih komprehensif tentang kelestarian alam sekitar tanaman padi. Data daripada penilaian boleh digunakan untuk merangka dasar yang menggalakkan tanaman padi mampan dan kaedah penanaman terbaik. |
|---|