Kajian kesedaran dan amalan kampus hijau di Politeknik Malaysia
Kampus Hijau menggambarkan institusi Pendidikan yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dan menggabungkan amalan hijau ke dalam infrastruktur, dasar dan budayanya. Kampus hijau bertujuan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dengan memulihara sumber, meminimumkan sisa, menggalakkan tenaga bol...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25849/ http://journalarticle.ukm.my/25849/1/07.pdf |
| Summary: | Kampus Hijau menggambarkan institusi Pendidikan yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dan menggabungkan
amalan hijau ke dalam infrastruktur, dasar dan budayanya. Kampus hijau bertujuan untuk mengurangkan kesan
alam sekitar dengan memulihara sumber, meminimumkan sisa, menggalakkan tenaga boleh diperbaharui, dan
meningkatkan kualiti udara dan air. Namun begitu di dalam usaha ke arah kelestarian kampus hijau, masih
terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian dan tindakan yang segera. Justeru itu, tiga objektif telah
ditetapkan dalam kajian ini itu mengenal pasti tahap kesedaran dan amalan di dalam pengamalan kampus hijau di
kalangan warga Politeknik, menilai faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran warga politeknik terhadap amalan
kampus hijau dan membangunkan pelan tindakan kampus hijau sebagai panduan Politeknik Malaysia. Kajian ini
akan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak tujuh Politeknik yang terlibat dalam
penilaian UI Green metric pada tahun 2022 telah dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap kesedaran dan amalan kampus hijau masih di tahap sederhana di kalangan warga politeknik.
Manakala terdapat 17 faktor yang mempengaruhi kesedaran dan amalan kampus hijau di kalangan warga politeknik
telah disenaraikan. Kajian ini juga telah berjaya membangunkan pelan tindakan kampus hijau sebagai panduan
Politeknik Malaysia dalam melestarikan kampus hijau. Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh digunakan sebagai
rujukan Politeknik Malaysia dalam menambahbaik pelaksanaan kampus hijau. |
|---|