Peningkatan kecekapan proses penyahoksigenan minyak isirung sawit kepada bahan api biojet melalui pengoptimuman pemangkin FeMo/ACB menggunakan kaedah rangsangan permukaan
Akibat daripada kesan pemanasan global dan krisis kehabisan sumber tenaga fosil, terdapat alternatif baharu untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil kepada bahan api boleh diperbaharui iaitu biojet daripada proses penyahoksigenan (DO) minyak isirung sawit (PKO) menggunakan mangkin FeMo/ACB. Pro...
| Main Authors: | , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25811/ http://journalarticle.ukm.my/25811/1/SME%207.pdf |
| Summary: | Akibat daripada kesan pemanasan global dan krisis kehabisan sumber tenaga fosil, terdapat alternatif baharu untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil kepada bahan api boleh diperbaharui iaitu biojet daripada proses penyahoksigenan (DO) minyak isirung sawit (PKO) menggunakan mangkin FeMo/ACB. Proses pengoptimuman ke atas penyahoksigenan PKO menggunakan mangkin FeMo/ACB telah dijalankan dengan metodologi rangsangan permukaan (RSM) bersama dengan reka bentuk komposit pusat (CCD). Tiga parameter telah difokuskan; jumlah mangkin (1-9) wt%, suhu tindak balas (270-350) ℃ dan tempoh tindak balas (30-300) min. Tindak balas yang dikaji ialah hasil selektiviti terhadap bahan api jet (BJF) aktiviti biojet. Model kuadratik dan model linear telah dipilih untuk menentukan selektiviti bahan api jet (C10-C17). Penilaian ke atas interaksi antara parameter telah dikaji dan keputusan menunjukkan bahawa kesan interaksi antara suhu tindak balas dan masa memberikan kesan yang besar terhadap kenaikan aktiviti DO. Pekali variasi dan R2 masing-masing adalah 3.38% dan 0.9652 menunjukkan ketepatan model yang tinggi. DO terus dioptimumkan menggunakan RSM dan keputusan menunjukkan bahawa tindak balas DO berjaya dicapai pada paras optimum suhu 320 °C dan masa tindak balas 165 minit dengan menghasikan 95% produk memilih terhadap bahan api jet. |
|---|