Potensi selulosa bakteria diperkayakan Persicaria odorata sebagai pad penyerap makanan lestari
Pad penyerap makanan kebiasaannya diperbuat daripada bahan polimer tidak terurai seperti polietilena dan polipropilena. Inovasi pada pad penyerap makanan biourai adalah kaedah alternatif untuk memanfaatkan selulosa bakteria sebagai polimer yang mudah terurai. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengha...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25810/ http://journalarticle.ukm.my/25810/1/SME%206.pdf |
| Summary: | Pad penyerap makanan kebiasaannya diperbuat daripada bahan polimer tidak terurai seperti polietilena dan polipropilena. Inovasi pada pad penyerap makanan biourai adalah kaedah alternatif untuk memanfaatkan selulosa bakteria sebagai polimer yang mudah terurai. Penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan pad penyerap makanan berasaskan selulosa bakteria daripada Komagateibacter xylinus menggunakan minuman kordial tamat tempoh sebagai medium pertumbuhan bakteria. Selain itu, potensi daun kesum Persicaria odorata sebagai agen anti-mikrob turut dikaji. Dua kaedah pengekstrakan iaitu 70% aseton dan air panas telah digunakan. Hasil ekstrak diuji keupayaannya pada analisis anti-mikrob untuk menghalang pertumbuhan bakteria patogen pada kepekatan berbeza (50-250 mg/mL). Hasil menunjukkan bahawa ekstrak aseton P. odorata pada kepekatan 200 mg/mL memberikan zon perencatan tertinggi terhadap Escherichia coli, Salmonella enterica subsp. enterica serovar Typhimurium dan Staphylococcus aureus dengan diameter zon perencatan masing-masing sebanyak 13.33±1.5, 12.67±0.58 dan 13.33±0.58 mm. Perencatan bakteria patogen oleh ekstrak aseton P. odorata adalah lebih baik berbanding ekstrak air panas P. odorata. Peratus kadar penguraian selulosa bakteria kawalan adalah melebihi 50% dalam tempoh 10 hari dengan nilai 78.60% pada tanah loam dan 54.45% pada tanah pasir. Peratus kadar penguraian selulosa bakteria dengan ekstrak aseton P. odorata menunjukkan corak perkadaran yang sama dengan nilai 67.30% pada tanah loam, 66.35% pada tanah pasir dan 44.32% pada tanah merah. Penghasilan pad penyerap makanan dengan penambahan P. odorata boleh diaplikasikan secara gabungan di dalam pek bungkusan makanan dan berupaya untuk diurai oleh bakteria tanah. Kajian ini menunjukkan potensi selulosa bakteria dengan gabungan ekstrak P. odorata sebagai pembungkus makanan aktif untuk memelihara kebersihan dan keselamatan produk makanan. |
|---|