Pembangunan sektor pertanian dan penternakan di Bukit Larut pada zaman pemerintahan kolonial pada akhir abad ke-19 hingga 1948
Artikel ini mengkaji perkembangan ekonomi Maxwell’s Hill yang turut dikenali sebagai Bukit Larut di Perak iaitu salah sebuah stesen bukit yang terawal dibangunkan oleh pihak British. Pada peringkat awal, projek pembangunan stesen bukit ini dijalankan hanyalah sebagai pusat sanatorium bagi kelompok p...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25804/ http://journalarticle.ukm.my/25804/1/135-161%20-.pdf |
| Summary: | Artikel ini mengkaji perkembangan ekonomi Maxwell’s Hill yang turut dikenali sebagai Bukit Larut di Perak iaitu salah sebuah stesen bukit yang terawal dibangunkan oleh pihak British. Pada peringkat awal, projek pembangunan stesen bukit ini dijalankan hanyalah sebagai pusat sanatorium bagi kelompok pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu pada ketika itu. Perubahan yang mempengaruhi pembangunan Bukit Larut yang semakin berkembang turut dipengaruhi oleh fungsi Bukit Larut daripada pusat sanatorium kepada sebuah pusat pelancongan. Perkembangan ini mewujudkan peluang interaksi antara masyarakat Eropah yang berada di Tanah Melayu. Perubahan yang berlaku dalam konteks fungsi Bukit Larut tersebut adalah ekoran daripada projek pembangunan yang dijalankan di stesen bukit yang secara langsung telah mendorong kepada kemajuan sektor ekonomi bagi memenuhi tuntutan kelompok tersebut. Perincian kajian ini akan membincangkan berkaitan sektor ekonomi yang merangkumi kegiatan pertanian melibatkan sayuran dan buah-buahan, pertanian tanaman dekorasi, kegiatan peternakan dan tenusu berserta dengan segala usaha yang dilakukan bagi memastikan kesemua sektor ekonomi ini dapat memberikan pulangan kepada stesen bukit tersebut. Sehubungan itu, kajian ini telah menggunakan rekod pentadbiran kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, rekod kolonial, dan akhbar sebagai sumber primer bagi membuktikan kesahihan fakta kajian ini dan disokong oleh sumber sekunder iaitu karya yang telah diterbitkan dan diperoleh melalui kaedah kepustakaan seperti Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Univerisiti Malaya dan Perpustakaan Zaaba, Universiti Malaya untuk menyokong fakta tersebut. Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan, didapati bahawa sektor ekonomi pertanian dan penternakan yang dibangunkan di Bukit Larut sepanjang tempoh pemerintahan British sejak penghujung kurun ke-19 telah berkembang dan mengalami peningkatan serta penurunan dalam pengeluaran hasil. |
|---|