Strategi politik naungan dan Parlimen Ayer Hitam sebagai kubu kuat MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15, Johor
Keputusan PRU 15 memperlihatkan MCA berjaya mempertahankan kemenangan pada satu-satunya kerusi iaitu Parlimen Ayer Hitam. Perkara ini membuktikan Parlimen Ayer Hitam menjadi signifikasi terhadap kelangsungan politik MCA bukan sahaja di Johor, malah untuk memastikan parti itu terus relevan dalam poli...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25803/ http://journalarticle.ukm.my/25803/1/114-134%20-.pdf |
| Summary: | Keputusan PRU 15 memperlihatkan MCA berjaya mempertahankan kemenangan pada satu-satunya kerusi iaitu Parlimen Ayer Hitam. Perkara ini membuktikan Parlimen Ayer Hitam menjadi signifikasi terhadap kelangsungan politik MCA bukan sahaja di Johor, malah untuk memastikan parti itu terus relevan dalam politik Malaysia. Perbincangan utama kajian ini mengenai strategi politik naungan yang direncanakan oleh MCA sebagai tindakan utama untuk mempertahankan kemenangan di Parlimen Ayer Hitam, seterusnya menjadikan kerusi ini sebagai kubu kuat parti itu. Strategi politik naungan yang dibincangkan dalam kajian ini mernagkumi dua tindakan MCA iaitu calon yang bertanding dan pendekatan kempen. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui olahan data yang melibatkan keputusan PRU 15 bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam. Data-data ini diperoleh melalui helaian mata (scoresheet) keputusan pilihan raya berdasarkan saluran pengundi yang ditetapkan oleh SPR. Selain itu pendekatan kualitatif juga dilakukan berdasarkan kepada sumber primer yang diperoleh dari SPR seperti laporan persempadanan. Data-data ini dianalisis secara deskriptif dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan hasil kajian yang jitu. Dapatan kajian ini merumuskan, faktor utama yang membantu MCA terus bertapak di Parlimen Ayer Hitam adalah melalui strategi politik naungan. MCA menggunakan strategi politik naungan bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu untuk mempertahankan kemenangan di Parlimen Ayer Hitam. Menerusi strategi politik naungan ini, MCA menjadikan kerusi Parlimen Ayer Hitam sebagai kubu kuat parti tersebut dalam arus politik masyarakat Cina, terutamanya dalam konteks negeri Johor pada PRU 15. |
|---|