Politik pilihan raya: dinamika UMNO Kelantan 1974 -2013
Parti PAS dan UMNO merupakan dua parti yang mendominasikan fahaman politik masyarakat Kelantan. Pilihan raya tahun 1959 iaitu pilihan raya pertama negara setelah mencapai kemerdekaan telah membuka peluang kepada PAS di Kelantan apabila berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan memenangi 28 kerusi DU...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25802/ http://journalarticle.ukm.my/25802/1/93-113%20-.pdf |
| Summary: | Parti PAS dan UMNO merupakan dua parti yang mendominasikan fahaman politik masyarakat Kelantan. Pilihan raya tahun 1959 iaitu pilihan raya pertama negara setelah mencapai kemerdekaan telah membuka peluang kepada PAS di Kelantan apabila berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan memenangi 28 kerusi DUN daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Bermula dari pilihan raya tersebut PAS telah memerintah negeri Kelantan selama 19 tahun sehingga tahun 1978 dan selepas itu UMNO berjaya mengambil alih kuasa memerintah kerajaan negeri Kelantan apabila berlakunya krisis kepercayaan kepada Menteri Besar dan juga permasalahan dalaman parti PAS. Krisis perpecahan dalaman UMNO mula berlaku dan semakin getir apabila Tengku Razaleigh telah bertindak menubuhkan parti baru iaitu parti Semangat 46 (S46) selepas pengharaman UMNO pada 4 Februari 1988. Kesan dari perpecahan pemimpin UMNO tersebut telah menyebabkan UMNO gagal meneruskan kuasa mentadbir kerajaan negeri Kelantan apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum 1990. Kekalahan UMNO Kelantan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum tahun 2013. Selama 23 tahun negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran parti PAS dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO di Kelantan namun semuanya gagal. Kajian ini akan menyingkap kekuatan dan kelemahan UMNO bermula dari tahun 1974 sehingga tahun 2013 kerana dalam tempoh masa ini UMNO pernah menang dan juga kalah di Kelantan. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti faktor tolakan dan tarikan kegagalan UMNO dalam mengambil alih negeri Kelantan dari pentadbiran PAS. Negeri Kelantan telah berada dalam dua pemerintahan kerajaan berbeza dan sudah semestinya setiap perubahan yang berlaku didorong oleh faktor utama iaitu kepimpinan yang tidak diabsahkan (legitimasi) oleh rakyat Kelantan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian yang bersifat kualitatif dengan mendapatkan sumber kepustakaan dan menemubual beberapa orang tokoh penting dalam UMNO Kelantan. Dapatan kajian yang dilakukan ini telah mengetengahkan bahawa faktor kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepimpinan dalam pembentukan kerajaan negeri di Kelantan. |
|---|