Kawalan imigresen di Tanah Melayu, 1874-1941

Termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 menjadi permulaan kepada wujudnya campur tangan secara rasmi pihak British di Tanah Melayu. Dengan campur tangan ini, hal ehwal imigresen di Tanah Melayu turut dikuasai oleh pihak British. Di bawah peruntukan The Chinese Immigrants Ordinance, Jab...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maryam Nur Izzah Abdul Aziz, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Nur Dayana Mohamed Ariffin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25798/
http://journalarticle.ukm.my/25798/1/1-19%20-.pdf
Description
Summary:Termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 menjadi permulaan kepada wujudnya campur tangan secara rasmi pihak British di Tanah Melayu. Dengan campur tangan ini, hal ehwal imigresen di Tanah Melayu turut dikuasai oleh pihak British. Di bawah peruntukan The Chinese Immigrants Ordinance, Jabatan Perlindungan Orang Cina telah ditubuhkan pada tahun 1877 lalu menjadi institusi pertama yang menguruskan kawalan imigresen terhadap kemasukan golongan imigran dari China manakala bagi golongan imigran dari India pula, pihak British mengawal kemasukan golongan ini menerusi undang-undang The Indian Immigration Ordinance yang dikuatkuasakan pada tahun 1884. Ketika Perang Dunia Pertama melanda, aspek kawalan imigresen di pintu masuk sempadan dikawal dengan ketat oleh pihak British menerusi penggubalan The Aliens Restriction (Seamen) Regulations pada tahun 1916 yang terpakai terhadap semua golongan imigran yang memasuki Tanah Melayu. Berdasarkan sumber utama dan sekunder, kertas kerja ini akan menganalisis bentuk-bentuk kawalan imigresen yang dilaksanakan oleh pihak British dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan bentuk kawalan tersebut berdasarkan tahap-tahap perkembangannya. Penelitian dibuat terhadap isu dan faktor yang melibatkan perubahan bentuk kawalan imigresen dari tahun 1874 sehingga berlakunya Perang Dunia Kedua. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk kawalan imigresen yang diperkenalkan oleh pihak British didorong oleh faktor ekonomi seterusnya membawa kepada faktor keselamatan, politik dan sosial. Kertas kerja ini merumuskan bahawa faktor-faktor berkenaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk kawalan imigresen yang dilaksanakan oleh pihak British di Tanah Melayu.