Model logik kabur bagi pemilihan alternatif penaiktarafan prestasi dalam pembuatan semula: kes komponen angkup brek

Proses pembuatan semula bagi komponen automotif terpakai berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan keyakinan di kalangan pengguna untuk menggunakan komponen yang telah dibuat semula. Penaiktarafan prestasi bagi komponen akhir hayat merupakan salah satu strategi pemanjangan kitar hayat bagi meningkat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurhasyimah Abd Aziz, Dzuraidah Abd Wahab, Rizauddin Ramli, Abdul Hadi Azman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25739/
http://journalarticle.ukm.my/25739/1/19.pdf
Description
Summary:Proses pembuatan semula bagi komponen automotif terpakai berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan keyakinan di kalangan pengguna untuk menggunakan komponen yang telah dibuat semula. Penaiktarafan prestasi bagi komponen akhir hayat merupakan salah satu strategi pemanjangan kitar hayat bagi meningkatkan nilai kebolehbuatan semula komponen untuk digunakan semula pada kitar hayat seterusnya. Walau bagaimanapun, pertimbangan dan penilaian yang terperinci diperlukan untuk memastikan penaiktarafan prestasi tersebut dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan had selamat sistem pengoperasian kenderaan yang terlibat. Objektif utama kajian ini adalah membangunkan model pembuat keputusan bagi pemilihan alternatif penaiktarafan komponen angkup brek dengan mempertimbangkan beberapa kriteria iaitu tahap kesukaran penaiktarafan, kos, tahap prestasi yang dinaiktaraf dan tahap ketahanan selepas penaiktarafan. Model logik kabur telah digunakan untuk memenuhi objektif ini di mana penilaian kriteria dan pemilihan alternatif penaiktarafan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan seterusnya kaedah purata wajaran digunakan untuk menentukan kedudukan alternatif yang terlibat. Hasil kajian menunjukkan kedudukan alternatif yang terbaik dan paling sesuai melalui model logik kabur dapat ditentukan iaitu kedudukan pertama adalah Alternatif 3 (0.86), kedua Alternatif 2 (0.63) dan terakhir Alternatif 1 (0.30). Secara keseluruhannya, kajian ini dapat menyokong penilaian kualitatif sewaktu proses membuat keputusan dilakukan melalui pembangunan model logik kabur.