Sifat mekanik bahan poliamida menggunakan kaedah permodelan pemendapan bersatu

Permodelan pemendapan bersatu (FDM) ialah teknik pencetakan 3D yang popular menggunakan bahan polimer termoplastik dalam menghasilkan pelbagai objek dengan kecekapan yang tinggi. Kualiti pencetakan 3D dalam pembuatan bahan tambahan dipengaruhi oleh beberapa parameter yang memerlukan pelarasan bagi m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kwek, Kian Sheng, Nabilah Afiqah Mohd Radzuan, Farhana Mohd Foudzi, Abu Bakar Sulong, Zaliha Wahid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25738/
http://journalarticle.ukm.my/25738/1/18.pdf
Description
Summary:Permodelan pemendapan bersatu (FDM) ialah teknik pencetakan 3D yang popular menggunakan bahan polimer termoplastik dalam menghasilkan pelbagai objek dengan kecekapan yang tinggi. Kualiti pencetakan 3D dalam pembuatan bahan tambahan dipengaruhi oleh beberapa parameter yang memerlukan pelarasan bagi mencapai hasil optimum Antaranya suhu pencetakan dan ketinggian cetakan. Walaubagaimanapun, bahan poliamida dicetak menggunakan kaedah FDM sering mempunyai kecacatan yang menjejaskan ketepatan percetakan dan sifat mekanikproduk cetakan. Kesan pengaruh orientasi cetakan (0°, 45°, 90°) poliamida dicetak menggunakan teknik FDM dilihat mampu mengatasi masalah ini. Oleh itu, ujian lenturan pada orientasi 0° merekodkan nilai tertinggi berbanding orientasi pada 45° (9 %) dan 90° (211 %). Selain itu, ujian ricih bagi orientasi 0°menunjukkan kekuatan ricih 17.57 MPa tertinggi mengatasi orientasi 45° dan 90° sebanyak 1.2 dan 2.5 kali ganda. Keadaan yang sama ditunjukkan oleh ujian tegangan, apabila kekuatan tegangan muktamad yang lebih tinggi (24.53 MPa) dan terikan yang meningkat dengan ketara semasa putus (319 %) bagi sudur orientasi 0° manakala, ujian mampatan merekodkan nilai 29 MPa. Dapat disimpulkan pada orientasi 0° prestasi sifat mekanik adalah cemerlang berbanding orientasi pada 45° dan 90°.