Keberkesanan peranti sekunder pelindung aerosol dalam pembendungan penyebaran aerosol: satu perbandingan
Aerosol merupakan zarah udara dengan pelbagai saiz yang dapat menyebabkan penularan virus, terutamanya dalam rawatan pergigian yang melibatkan penjanaan aerosol. Walaupun terdapat peralatan perlindungan sedia ada, risiko jangkitan masih wujud. Oleh itu, kajian ini menekankan kepada kepentingan penci...
| Main Authors: | , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25715/ http://journalarticle.ukm.my/25715/1/10.pdf |
| Summary: | Aerosol merupakan zarah udara dengan pelbagai saiz yang dapat menyebabkan penularan virus, terutamanya dalam rawatan pergigian yang melibatkan penjanaan aerosol. Walaupun terdapat peralatan perlindungan sedia ada, risiko jangkitan masih wujud. Oleh itu, kajian ini menekankan kepada kepentingan pencirian reka bentuk peralatan yang dapat membendung penyebaran aerosol semasa rawatan. Kajian ini melibatkan tinjauan dan temu bual untuk mendapatkan maklum balas dari pasukan pergigian berkaitan kesesuaian peranti pelindung aerosol. Dengan menggunakan perisian Autodesk Inventor dan ANSYS Workbench, tiga jenis reka bentuk peranti
pelindung aerosol iaitu Pelindung A, B dan C dihasilkan dan disimulasikan untuk menilai keberkesanannya dalam
membendung penyebaran aerosol. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga reka bentuk aerosol mempunyai
keberkesanan yang tinggi dalam pembendungan penyebaran aerosol. Perbezaan nilai rawak halaju serakan cecair
adalah sekitar 0.27% hingga 0.54% berdasarkan hasil simulasi. Kajian ini juga memberi penekanan kepada aspek
ergonomik, dengan reka bentuk peranti Pelindung C menunjukkan penerapan ciri yang baik dalam aspek ini. Kesimpulannya, peranti pelindung aerosol membantu meminimakan penyebaran aerosol kepada ahli pasukan pergigian dan juga dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang perubatan lain untuk membendung penyebaran aerosol semasa rawatan. |
|---|