Pemikiran Kassim Ahmad mengenai hadis dan faktor-faktor penolakan kepada autoritinya
Kassim Ahmad menggesa supaya umat Islam berpegang semata-mata kepada al Quran sahaja, sekali gus menolak autoriti hadis sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam selepas al-Quran. Beliau telah dikenali sebagai anti hadis dan pemikiran beliau ini terzahir dengan jelas dalam penulisan, blog dan uc...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25697/ http://journalarticle.ukm.my/25697/1/Al_Hikmah_16_2_6.pdf |
| Summary: | Kassim Ahmad menggesa supaya umat Islam berpegang semata-mata kepada al
Quran sahaja, sekali gus menolak autoriti hadis sebagai sumber rujukan kedua
dalam Islam selepas al-Quran. Beliau telah dikenali sebagai anti hadis dan
pemikiran beliau ini terzahir dengan jelas dalam penulisan, blog dan ucapan beliau.
Di antara penulisan beliau yang utama adalah dua buah buku yang bertajuk Hadis:
Satu Penilaian Semula dan Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik telah diletakkan di
bawah perintah larangan. Pengisytiharan anti hadis terhadap beliau juga telah
dilaksanakan oleh badan-badan autoriti agama di Malaysia melalui beberapa fatwa
yang telah diwartakan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis
faktor-faktor penolakan beliau terhadap autoriti hadis. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu bual informan iaitu Kassim
Ahmad secara bersemuka dengan menggunakan kaedah temu bual semi-struktur.
Dapatan kajian menemukan empat faktor penolakan beliau terhadap autoriti hadis
iaitu hadis ciptaan orang terkemudian, kesilapan hadis dalam pentafsiran, pendapat
Rasulullah SAW boleh jadi betul atau salah dan penggunaan hadis hujah yang
lemah. Secara kesimpulannya, keempat-empat faktor penolakan autoriti hadis oleh
Kassim Ahmad ini adalah hujah yang lemah dan bercanggah sama sekali dengan
petunjuk al-Quran dan penjelasan yang diberi oleh para ulama dan sarjana Islam.
Pemikiran sebegini amat berbahaya kepada akidah islamiah dan boleh berkembang
dengan bentuk baharu dalam masyarakat Islam jika tidak diberi perhatian yang
serius. |
|---|