Krisis sempadan Thailand-Indochina dan reaksi British
Satu daripada isu penting yang menjadi kebirnbangan British dalam hubungannya dengan Thailand menjelang Perang Dunia Kedua ialah berhubung dengan kemunculan gerakan Iridenta dan krisis sempadan antara Thailand dengan Perancis Indochina dalam tahun-tahun zaman awal 40an. Sejak berlakunya revolusi 193...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
1999
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25694/ http://journalarticle.ukm.my/25694/1/26%2073-83.pdf |
| Summary: | Satu daripada isu penting yang menjadi kebirnbangan British dalam hubungannya dengan Thailand menjelang Perang Dunia Kedua ialah berhubung dengan kemunculan gerakan Iridenta dan krisis sempadan antara Thailand dengan Perancis Indochina dalam tahun-tahun zaman awal 40an. Sejak berlakunya revolusi 1932, kerajaan Thailand telah berusaha untuk memulihkan kedaulatan negara Thailand yang terjejas akibataripada perjanjian tidak seimbang yang ditandatangani oleh raja-raja Thai sejak Perjanjian Bowring (1855). Sungguhpun kerajaan Thailand berjaya memulihkan kedaulatannya pada tahun 1939 tetapi ia masih belum lagi dapat memulihkan haknya ke atas beberapa wilayah yang diambil oleh kuasa penjajah Perancis di Kemboja dan juga di Laos pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Semasa Pibul Songgram menjadi Perdana Menteri Thailand pada tahun l 938, usaha-usaha telah dipertingkatkan bagi mendapat kembali wilayah-wilayah daripada Perancis. Keengganan pihak Perancis di Indochina untuk menyelesaikan tuntutan Thailand itu telah mengusutkan hubungan antara kedua buah negara hingga akhirnya membawa kepada berlakunya pertempuran sempadan pada bulan September 1940. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Jepun yang kebetulannya sedang mencari tapak di Asia Tenggara untuk campurtangan dalam krisis scmpadan. Kertas ini cuba melihat reaksi British terhadap krisis sempadan dan kesannya kepada kepentingan British di Asia Tenggara. |
|---|