Pembinaan watak dan perwatakan dalam karya sastera berteraskan al-Quran: analisis kisah Nabi Yusuf

Kisah dalam karya sastera memiliki persamaan dengan kisah dalam al-Quran dari sudut elemen yang membina kisah, antaranya watak dan perwatakan. Kisah al Quran tidak wajar ditiru sebaliknya ia sesuai dijadikan panduan dalam penghasilan karya. Teknik Surah Yusuf (TSY) merupakan sebuah panduan penu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syafawati Salihan, Monica@Munirah Abd. Razzak, Norrozoh Hj. Siren
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25693/
http://journalarticle.ukm.my/25693/1/Al_Hikmah_16_2_3.pdf
Description
Summary:Kisah dalam karya sastera memiliki persamaan dengan kisah dalam al-Quran dari sudut elemen yang membina kisah, antaranya watak dan perwatakan. Kisah al Quran tidak wajar ditiru sebaliknya ia sesuai dijadikan panduan dalam penghasilan karya. Teknik Surah Yusuf (TSY) merupakan sebuah panduan penulisan karya yang dibina berdasarkan kisah Nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon Mohd. Walau bagaimanapun, TSY tidak dibahagikan mengikut elemen dalam kisah, rujukan yang digunakan adalah menggunakan al-Quran dan terjemahan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja. Kajian ini membawa panduan pembinaan watak dan perwatakan berteraskan al-Quran dengan meneliti aspek watak dan perwatakan Nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf a.s dengan membentangkan huraian dari kitab-kitab tafsir serta kajian-kajian ilmiah yang pernah dilakukan berkenaan kisah Nabi Yusuf a.s. Hasil kajian ini mendapati, Nabi Yusuf a.s membawa 6 watak yang berbeza iaitu anak, adik, hamba, sahabat, pemimpin dan utusan Allah SWT. Perwatakan Nabi Yusuf a.s mencerminkan kebaikan menyeluruh merangkumi aspek dalaman dan aspek luaran. Panduan pembinaan watak dan perwatakan yang betul penting bagi memandu pengarang menghasilkan karya yang membantu pembaca mengaitkan nilai-nilai Islam dengan kehidupan seharian mereka.