Pendekatan kaunseling Islam dalam memperkasa kesejahteraan emosi mahasiswa di institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia

Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Secara garis besar, terdapat dua bentuk pendekatan kaunseling iaitu pendekatan kaunseling kontemporari dan pendekatan kaunseling berperspektif agama. Walaupun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Siti Mursyidah Mohd Zin, Nurhanisah Senin, Dharatun Nisa Puad Mohd Kari @ Fuad Mohd Karim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25692/
http://journalarticle.ukm.my/25692/1/Al_Hikmah_16_2_2.pdf
Description
Summary:Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Secara garis besar, terdapat dua bentuk pendekatan kaunseling iaitu pendekatan kaunseling kontemporari dan pendekatan kaunseling berperspektif agama. Walaupun pendekatan kaunseling agama kurang mendapat perhatian berbanding kaunseling kontemporari, kajian dan penyelidikan berkaitan pengintegrasian agama dalam kaunseling masih diteruskan sehingga ke hari ini kerana peranannya dalam aspek kerohanian manusia diperakui. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan kaunseling Islam yang diaplikasikan di universiti dalam memastikan kesejahteraan emosi mahasiswa terpelihara. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian fenomenologi. Sebanyak empat buah universiti Islam dipilih sebagai sampel melalui kaedah pensampelan bertujuan. Sehubungan itu, seramai empat orang kaunselor dan pegawai psikologi dipilih sebagai peserta kajian. Kajian dijalankan menggunakan protokol temu bual yang telah disahkan oleh pakar. Sesi temu bual dijalankan secara bersemuka dan atas talian bergantung kepada persetujuan kesemua pihak. Data temu bual kemudiannya ditranskripsi dan dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti tema-tema yang terkait dengan objektif kajian ini. Dapatan kajian merumuskan para kaunselor universiti menggunakan enam pendekatan yang menjurus kepada penekanan aspek kerohanian dalam membangun jiwa dan memperkasakan kesejahteraan emosi mahasiswa iaitu tauhid, musyaratah, muraqabah, muhasabah, mujahadah dan riyadah. Penemuan ini diharapkan membantu pengkaji dalam membina model kaunseling Islam yang boleh diselaraskan di peringkat universiti dalam membantu mahasiswa berhadapan dengan konflik emosi.