Cabaran dalam pencegahan dan kawalan Plasmodium knowlesi malaria di rantau Asia Tenggara - ulasan naratif

Di sebalik kejayaan program penghapusan malaria manusia, terdapat peningkatan yang membimbangkan berkenaan jangkitan malaria Plasmodium knowlesi (P. knowlesi) di rantau Asia Tenggara. Pemahaman menyeluruh tentang cabaran dalam mencegah dan mengawal malaria zoonosis ini mesti diutarakan, terutamanya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Azhar Md Hanif, Nazarudin Safian, Ahmad Farid Nazmi Abdul Halim, Muhammad Ridzwan Rafi’i, Qistina Mohd Ghazali, Nurul Athirah Naserrudin, Mohd Rohaizat Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25674/
http://journalarticle.ukm.my/25674/1/2146-2156%20-.pdf
Description
Summary:Di sebalik kejayaan program penghapusan malaria manusia, terdapat peningkatan yang membimbangkan berkenaan jangkitan malaria Plasmodium knowlesi (P. knowlesi) di rantau Asia Tenggara. Pemahaman menyeluruh tentang cabaran dalam mencegah dan mengawal malaria zoonosis ini mesti diutarakan, terutamanya apabila menentukan strategi paling berkesan untuk menyekat penularan penyakit. Di sebalik kejayaan program penghapusan malaria manusia, terdapat peningkatan yang membimbangkan berkenaan jangkitan malaria Plasmodium knowlesi (P. knowlesi) di rantau Asia Tenggara. Pemahaman menyeluruh tentang cabaran dalam mencegah dan mengawal malaria zoonosis ini mesti diutarakan, terutamanya apabila menentukan strategi paling berkesan untuk menyekat penularan penyakit. Kepelbagaian manusia, seperti sosioekonomi dan sosiobudaya tempatan yang majmuk, persepsi yang rendah dan pematuhan optimum terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan perlu ditangani. Isu dana nasional, pelaksanaan program, dan birokrasi mesti diselesaikan dalam memastikan keberkesanan peranan kerajaan dan kerjasama pelbagai sektor apabila melibatkan pengurusan penyakit malaria. Kejayaan sesuatu program akan terhalang sekiranya tiada sokongan daripada pemimpin masyarakat dan bertentangan dengan dinamik sosial. Kebolehsuaian nyamuk Anopheles bertanggungjawab terutamanya terhadap cabaran yang dihadapi dalam kawalan vektor. Kesan anjakan ekologi dan perubahan iklim, ditambah dengan aktiviti antropogenik mewujudkan limpahan zoonosis dan variasi penyesuaian yang mengubah landskap transmisi sylvian dan manusia. Cabaran daripada pelbagai faktor mengurangkan keberkesanan dalam mencegah penularan penyakit ini. Pendekatan baharu mesti dibangunkan untuk mencapai kawasan terjejas dengan intervensi jangka panjang, komprehensif dan berkesan