Menawan Gunung Kinabalu: penyakit altitud tinggi dan langkah-langkah pencegahan

Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4095 meter, merupakan destinasi popular bagi pendaki tetapi boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan altitud kepada para pendaki. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penyakit altitud tinggi dan langkah-langkah pencegahan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosnah Ismail, Fathiah Jabir, Nor Hisham Mohammad, Ismail Abdul Ghani, Mohd Yussainy Md Yusop
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25672/
http://journalarticle.ukm.my/25672/1/2124-2136%20-.pdf
Description
Summary:Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4095 meter, merupakan destinasi popular bagi pendaki tetapi boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan altitud kepada para pendaki. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penyakit altitud tinggi dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pendaki sebelum, semasa dan selepas pendakian dari segi perubahan mekanisme fisiologi. Satu kajian literatur secara komprehensif telah dijalankan, dengan fokus kepada simptom, gejala, dan pencegahan penyakit altitud dalam kalangan pendaki. Maklumat dikumpulkan dari jurnal yang disemak oleh rakan sejawat, laporan teknikal pendakian, dan kajian lapangan berkaitan dengan Gunung Kinabalu dan pendakian di altitud tinggi. Penyakit altitud tinggi seperti penyakit ketinggian akut, high-altitude cerebral oedema, high-altitude pulmonary oedema, dan beberapa penyakit lain dikupas dengan lebih mendalam. Selain itu, faktor risiko penyakit altitud tinggi turut dikenal pasti. Strategi pencegahan yang dibahagikan kepada sebelum, semasa, dan selepas pendakian kemudian dibincangkan. Antara langkah pencegahan yang berkesan termasuk persediaan fizikal badan, konsultasi dan penilaian kesihatan komprehensif pra-pendakian, aklimatisasi secara beransur-ansur, mengekalkan hidrasi, dan penggunaan ubat profilaksis seperti acetazolamide dan dexamethasone. Setiap pendaki yang ingin menawan gunung altitud tinggi seperti Gunung Kinabalu perlu fahami risiko penyakit altitud tinggi. Langkah pencegahan yang bersesuaian dan mencukupi bukan sahaja mampu mengurangkan risiko penyakit altitud tinggi, tetapi berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dan pulang dengan selamat.