Ulasan buku isu nuklear Iran dan kepentingan Amerika Syarikat oleh Riki Rahman dan Zarina Othman Bangi
Tidak banyak penulisan ilmiah dan rujukan autoritatif Sains Politik, Hubungan Antarabangsa serta Keselamatan Kontemporari dalam bahasa Melayu, khususnya mengenai nuklear dan pertembungan adi kuasa seperti Amerika Syarikat (AS) dengan Iran di rantau Timur Tengah, yang sinonim dengan ancaman persenjat...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25668/ http://journalarticle.ukm.my/25668/1/SDD%2013.pdf |
| Summary: | Tidak banyak penulisan ilmiah dan rujukan autoritatif Sains Politik, Hubungan Antarabangsa serta Keselamatan Kontemporari dalam bahasa Melayu, khususnya mengenai nuklear dan pertembungan adi kuasa seperti Amerika Syarikat (AS) dengan Iran di rantau Timur Tengah, yang sinonim dengan ancaman persenjataan tersebut. Bahkan pula, tidak dapat dinafikan akibat daripada kekurangan bacaan ilmiah kontemporari dalam isu dunia dan keselamatan antarabangsa dalam Bahasa Malaysia amat memberi kesan kepada pengetahuan masyarakat umum mengenai nuklear. Tatkala negara melalui perlaksananaan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penggunaan meluas medium komunikasi dalam talian bagi aktiviti diskusi, pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan, penulisan terkini mengenai perihal keselamatan dunia dan tempiasnya pada negara sewajarnya dialu-alukan. Karya yang diterbitkan pada tahun 2020 ini amat penting serta diperlukan oleh pembaca dan peminat isu nuklear, kuasa besar serta keamanan di Timur Tengah, khususnya sarjana dan pensyarah dengan mahasiswa di universiti, serta guru dengan para pelajar di sekolah untuk membaca, mengupas serta berbahas secara seimbang tetapi kritis mengenai padangan sarjana berpengaruh Malaysia iaitu para penulis dalam isu nuklear AS dan kebenaran ancaman Iran dalam sistem antarabangsa. |
|---|