Memahami sejarah dan geopolitik Amerika Syarikat di Segi Tiga Emas Thailand: hubungkait ketagihan dan penyeludupan dadah terhadap keselamatan Malaysia
Makalah ini mengkaji cadangan terkini kerajaan Perpaduan Malaysia yang baharu terbentuk untuk menyahjenayahkan isu penagihan dadah. Menerusi perspektif pertahanan dan keselamatan, penulis menyarakan agar keputusan tersebut tidak dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa apabila langkah keselamatan sed...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25662/ http://journalarticle.ukm.my/25662/1/SDD%207.pdf |
| Summary: | Makalah ini mengkaji cadangan terkini kerajaan Perpaduan Malaysia yang baharu terbentuk untuk menyahjenayahkan isu penagihan dadah. Menerusi perspektif pertahanan dan keselamatan, penulis menyarakan agar keputusan tersebut tidak dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa apabila langkah keselamatan sedia ada untuk menyekat penyeludupan dadah masih lemah. Dengan menjelaskan hubungan antara bekalan dadah haram di pasaran gelap Malaysia dan sindiket dadah transnasional, kita sewajarnya menelusuri sejarah Segi Tiga Emas Thailand serta penglibatan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dalam Segi Tiga dadah membawa kepada suatu ancaman keselamatan yang kompleks. Ini mengaitkan sejarah dadah dan pengenalan hukuman mati di Malaysia dengan sejarah pelarian militan komunis Malaya yang mendapat dukungan dari Vietnam utara. Hakikat perubahan semasa ketegangan kuasa AS-China beralih ke Laut China Selatan, sebarang percubaan semasa untuk menyahjenayah dadah mesti mengambil kira kerumitan geopolitik sejarah ancaman dadah. Ketika ini, kefahaman dadah sebagai ancaman keselamatan bergantung kepada hukuman mati mandatori bagi penyalahgunaan dadah dan ini dianggap sebagai kesalahan jenayah. Kesalahan tersebut bergantung pada konsep jenayah ketagihan apabila memiliki bahan terlarang tersebut. Cadangan menyahjenayah penagih Malaysia perlu memahami pergantungan konsep ancaman keselamatan dengan kesalahan jenayah penagihan dadah. Tanpa konsep kriminologi yang jelas berkaitan penyalahgunaan dadah yang menyalahi undang-undang, kelemahan perundangan tidak dapat menghalang ancaman keselamatan transnasional yang disebabkan oleh pengedar dan penyeludup dadah. |
|---|