Faktor psikososial dan tingkah laku mitigasi perubahan iklim dalam kalangan kariah masjid hijau

Isu perubahan iklim adalah cabaran global yang memberi kesan kepada kesejahteraan manusia. Perubahan iklim menuntut kerjasama yang bersepadu termasuk peranan institusi keagamaan. Agenda masjid hijau dengan ciri-ciri kelestarian alam sekitar merupakan inisiatif penting dalam menggalakkan gaya hidup l...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norshariani Abd Rahman, Farah Ayuni Mohd Hatta, Muhammad Hilmi Jalil, Abu Dardaa Mohamad, Nik Lukman Nik Ibrahim, Siti Maryam Hanis Hamzah, Nurhafizah-Azwa A.S, Muhtazam Noor Din, Norazam Mohd Zain, Saepul, Arif
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25649/
http://journalarticle.ukm.my/25649/1/HA%208.pdf
Description
Summary:Isu perubahan iklim adalah cabaran global yang memberi kesan kepada kesejahteraan manusia. Perubahan iklim menuntut kerjasama yang bersepadu termasuk peranan institusi keagamaan. Agenda masjid hijau dengan ciri-ciri kelestarian alam sekitar merupakan inisiatif penting dalam menggalakkan gaya hidup lestari dalam kalangan kariah. Oleh itu, kajian ini menganalisis tahap psikososial dan tingkah laku mitigasi perubahan iklim dalam kalangan kariah serta mengkaji perbezaan mengikut jantina, umur dan tahap pendidikan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang melibatkan 421 responden dari empat masjid hijau di Lembah Klang, Malaysia. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi termasuk ujian-t dan ANOVA sehala dengan menggunakan SPSS versi 25. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap psikososial kariah berada pada tahap tinggi. Sebaliknya, tingkah laku terhadap mitigasi perubahan iklim adalah pada tahap sederhana rendah. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam aspek psikososial dan tingkah laku mitigasi perubahan iklim berdasarkan jantina, umur dan tahap pendidikan. Justeru, peranan masjid hijau perlu diperkasa melalui peningkatan program bersama kariah agar dapat dapat meningkatkan gaya hidup yang lestari dalam kalangan komuniti setempat yang seterusnya dapat mengurangkan kesan perubahan iklim.