Adaptasi strategi bantuan tunai bersyarat terhadap keberhasilan pendidikan oleh institusi zakat: tinjauan literatur sistematik di Asia Tenggara

Kelemahan mekanisme pemantauan oleh institusi zakat terhadap prestasi pelajar asnaf menyebabkan berlakunya masalah keciciran dan kelemahan dalam pencapaian akademik. Punca utama kepada masalah ini adalah disebabkan oleh masalah sikap individu terbabit. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suffian Mohamed Esa, Hairunnizam Wahid, Salmy Edawati Yaacob, Abdul Hayy Haziq Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25648/
http://journalarticle.ukm.my/25648/1/HA%207.pdf
Description
Summary:Kelemahan mekanisme pemantauan oleh institusi zakat terhadap prestasi pelajar asnaf menyebabkan berlakunya masalah keciciran dan kelemahan dalam pencapaian akademik. Punca utama kepada masalah ini adalah disebabkan oleh masalah sikap individu terbabit. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis secara sistematik program Bantuan Langsung Tunai Bersyarat dengan memfokuskan negara di Asia Tenggara bagi membantu membasmi kemiskinan dan membangunkan modal insan, serta mengambil kira budaya dan tradisi masyarakat. Analisis literatur sistematik mengaplikasi protokol ROSES yang meliputi lima proses utama iaitu pembentukan persoalan kajian, pencarian strategi sistematik berdasarkan proses pengenalan, saringan dan kelayakan terhadap pangkalan data utama seperti Scopus, Web of Science dan Google Scholar serta proses mengekstrak dan menganalisa data menggunakan analisis tema berbentuk induktif. Berdasarkan analisis, dua tema penting yang dibentuk iaitu: (1) Karakteristik Program CCT dan (2) Keberhasilan. Kedua-dua tema ini membentuk tujuh sub-tema. Kajian ini menyediakan penilaian terperinci bagi pembangunan terkini berkenaan program CCT serta bagaimana program ini memberi impak kepada pencapaian pendidikan. Kajian analisis impak program CCT terhadap keberhasilan dalam bidang pendidikan berpotensi memberi input signifikan kepada pihak pembuat dasar terutama institusi zakat dalam membantu negara-negara terlibat untuk mengurangkan kadar kemiskinan.