Ahmad Wahib dan idea-idea konsepsualnya tentang Islam dan kebudayaan modennya

Makalah ini meninjau pemikiran Ahmad Wahib (1942-1973) tentang aspirasi moden Islam, dan kebudayaannya dalam konteks dan pengalaman kontemporari di Indonesia. Beliau dikenang sebagai tokoh muda Islam dan salah seorang pelopor HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) dan penganjur faham Islam yang rasional, ek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Nabil Amir, Tasnim Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25642/
http://journalarticle.ukm.my/25642/1/Jurnal%20Hadhari_1.pdf
Description
Summary:Makalah ini meninjau pemikiran Ahmad Wahib (1942-1973) tentang aspirasi moden Islam, dan kebudayaannya dalam konteks dan pengalaman kontemporari di Indonesia. Beliau dikenang sebagai tokoh muda Islam dan salah seorang pelopor HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) dan penganjur faham Islam yang rasional, eksistensial, bebas, belas kasihan dan bersimpati. Masalah utama kajian ialah tentang kritik sosialnya terhadap pemikiran dan kebudayaan moden Islam. Objektif kajian ialah untuk menganalisis pergulatan ideanya terkait masalah-masalah hukum dan praktik keagamaan dan pengalamannya dalam masyarakat majmuk di Indonesia. Ini ditelusuri dari catatan harian Ahmad Wahib yang membentangkan pandangan-pandangan etika, hukum, sastera, politik dan sosialnya yang kompleks dan peranannya dalam menggerakkan pembaharuan Islam yang moden. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dari jenis penelitian kepustakaan dan dokumentari. Ia menganalisis secara deskriptif, komparatif, historis dan analitis catatan-catatan harian Ahmad Wahib, selain penulisan dan karya-karya lain yang terkait berhubung dengan pemikiran dan kritik sosialnya. Kajian merumuskan bahawa Ahmad Wahib adalah pengkritik dan penafsir budaya yang kental dengan akar sejarahnya yang moderat dan bergaris sederhana. Tulisannya menekankan pemahaman kontekstual tentang Islam dan kebudayaan dan penjurusan modennya yang menawarkan pandangan-pandangan falsafah yang ideal terhadap kondisi-kondisi moral dan sosio-politik yang memprihatinkan di Indonesia.