Peningkatan isyarat SERS berdasarkan pemerangkapan foton oleh nanorod ZnO vertikal terbantu suhu untuk aplikasi CKD
Pembangunan substrat Spektroskopi Serakan Raman Permukaan Diperkuat (SERS) yang sensitif dan bersifat selektif dapat memainkan peranan penting dalam aplikasi bidang bioperubatan. Dalam kajian ini, bahan semikonduktor ZnO digunakan sebagai substrat SERS untuk mengesan kepekatan kreatinin bagi menentu...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25639/ http://journalarticle.ukm.my/25639/1/SE%2016.pdf |
| Summary: | Pembangunan substrat Spektroskopi Serakan Raman Permukaan Diperkuat (SERS) yang sensitif dan bersifat selektif dapat memainkan peranan penting dalam aplikasi bidang bioperubatan. Dalam kajian ini, bahan semikonduktor ZnO digunakan sebagai substrat SERS untuk mengesan kepekatan kreatinin bagi menentukan tahap kesihatan ginjal individu. Bahan semikonduktor ZnO sebagai substrat SERS disintesis dengan variasi suhu pada 50 °C, 80 °C, 110 °C dan 140 °C bagi menghasilkan ZnO berstruktur nanorod vertikal untuk mengoptimumkan pemerangkapan foton dan seterusnya meningkatkan isyarat SERS. Kesan suhu terhadap pertumbuhan ZnO telah dikaji dengan terperinci menggunakan alatan FESEM, spektroskopi UV-Vis dan XRD. Suhu pertumbuhan optimum pada 80 °C berjaya menghasilkan nanorod ZnO vertikal yang sekata dengan purata saiz hablurnya adalah 29.48 nm. Struktur ZnO vertikal ini mempunyai luas permukaan aktif yang besar, membolehkan pemerangkapan foton secara optimum berlaku. Struktur ini telah menunjukkan peningkatan isyarat SERS sebanyak 29% setelah diuji dalam pengesanan kreatinin dengan EF 3.09×101. Kajian ini membuktikan prestasi penggunaan nanorod ZnO vertikal dalam pemerangkapan foton bagi meningkatkan isyarat SERS untuk bidang bioperubatan. |
|---|