Sintesis dan mekanisme pertumbuhan kepingan NbS2 yang dihasilkan melalui pemendapan wap kimia dibantu garam halida
Bahan 2-dimensi berasaskan logam peralihan dwikalkogen (TMD) terutamanya niobium disulfida (NbS2) berpotensi diaplikasi sebagai mangkin dalam proses elektrolisis air untuk menghasilkan hidrogen. Dalam kajian ini, sintesis dan pencirian kepingan NbS2 yang dihasilkan menggunakan teknik pemendapan wap...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25638/ http://journalarticle.ukm.my/25638/1/SE%2015.pdf |
| Summary: | Bahan 2-dimensi berasaskan logam peralihan dwikalkogen (TMD) terutamanya niobium disulfida (NbS2) berpotensi diaplikasi sebagai mangkin dalam proses elektrolisis air untuk menghasilkan hidrogen. Dalam kajian ini, sintesis dan pencirian kepingan NbS2 yang dihasilkan menggunakan teknik pemendapan wap kimia dibantu logam alkali halida akan dilaporkan. Bahan pelopor yang digunakan ialah sulfur dan campuran Nb2O5 dan garam halida iaitu NaCl. Suhu pertumbuhan yang dikaji ialah 840, 880 dan 920 °C. Kepingan NbS2 dengan panjang sisi sehingga ~60 μm dan ketebalan 120-180 nm telah diperoleh. Spektrum Raman menunjukkan bahawa kepingan NbS2 yang diperoleh pada suhu 840 °C terdiri daripada fasa 3R dan campuran 2H dan 3R. Pada suhu >840 °C, fasa yang dominan ialah 3R. Data menunjukkan bahawa kepingan NbS2 terbentuk melalui mekanisme wap-cecair-pepejal (VLS). Tindak balas antara Nb2O5 dan NaCl menghasilkan NaNbxOy dalam fasa cecair. Titisan NaNbxOy kemudiannya berkumpul di permukaan dan pinggir kepingan dan diikuti proses sulfurisasi untuk menghasilkan NbS2. Ini menyebabkan pertumbuhan berlaku secara serentak iaitu secara mengufuk dan menegak. Selain itu, data spektroskopi foto-elektron sinar-X (XPS) menunjukkan kehadiran Na2SO3 yang berkemungkinan besar adalah hasil sampingan daripada tindak balas antara bahan pelopor. |
|---|