Penyelidikan semasa mengenai isu pemerdagangan manusia di Malaysia
Nota penyelidikan ini bertujuan untuk menilai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan manusia terutama dari aspek polisi, perundangan, penguatkuasaan, penjagaan dan perlindungan, liputan media serta kempen-kempen kesedaran. Menggunakan pendekatan kualitati...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25609/ http://journalarticle.ukm.my/25609/1/S%207.pdf |
| Summary: | Nota penyelidikan ini bertujuan untuk menilai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan manusia terutama dari aspek polisi, perundangan, penguatkuasaan, penjagaan dan perlindungan, liputan media serta kempen-kempen kesedaran. Menggunakan pendekatan kualitatif analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual mendalam dengan wakil pelbagai agensi seperti Pejabat Strategik Nasional (NSO) bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO-MAPO), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan ahli akademik, hasil kajian mendapati terdapat dua bahagian utama, iaitu aspek perlindungan dan penguatkuasaan, yang perlu ditambah baik bagi menangani isu ini. Aspek ini mempunyai pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya adalah literasi dalam kalangan agensi kerajaan Malaysia khususnya dari segi perlindungan dan penguatkuasaan. Oleh itu, adalah disarankan untuk menyesuaikan amalan terbaik untuk menangani pemerdagangan manusia di kalangan negara anggota ASEAN dengan belajar daripada negara seperti Thailand, Filipina dan Singapura. |
|---|