Gender dan keselamatan: sumbangan Maharani Cixi dalam Reformasi China (1861-1908)

Terdapat kekurangan kajian gender dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang membincangkan perihal kepimpinan wanita silam, seperti kepimpinan Cixi (1861-1908). Majoriti kajian hanya membincangkan naratif umum kehidupannya. Maka, artikel ini tertumpu kepada kajian inklusif membabitkan kepimpinan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Daniel Ibrahim Yaacob, Siti Zuliha Razali, Muhammad Febriansyah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25600/
http://journalarticle.ukm.my/25600/1/Sinergi_3_2_7.pdf
Description
Summary:Terdapat kekurangan kajian gender dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang membincangkan perihal kepimpinan wanita silam, seperti kepimpinan Cixi (1861-1908). Majoriti kajian hanya membincangkan naratif umum kehidupannya. Maka, artikel ini tertumpu kepada kajian inklusif membabitkan kepimpinan dan sumbangan Cixi. Baginda adalah di antara pemimpin wanita yang berjaya memerintah dengan menafikan dominasi praktik patriakalisme. Keterlepasan pandang sumbangannya itu disebabkan kepimpinannya diwarnai kontroversi negatif yang mencacatkan reputasinya dalam naratif akademik. Justeru, menerusi kaedah kajian kes, kajian kepustakaan dan metod analisis wacana kritis, artikel ini membincangkan mengenai sumbangan Cixi kepada Qing yang sekaligus memenuhi kelompangan kajian hubungan antarabangsa mengenai keterlepasan pandang sumbangan Cixi yang merupakan sebahagian cabang kajian “missing women figure under the gender scholarship”. Hasil kajian menunjukkan sumbangan Cixi itu boleh dilihat menerusi reformasi sudut politik seperti pembangunan sektor pertahanan moden dan aspek ekonomi, serta sektor sosial seperti pemerkasaan wanita. Cixi menafikan halangan gender untuk menjadi pemimpin, namun sumbangannya dipinggirkan dan sepatutnya diraikan sebagai salah seorang pemimpin silam yang berjasa.